Mahkamah kekal keputusan, rayuan Pendakwaraya gagal
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Pasukan Pendakwaraya kes audit 1MDB gagal dalam rayuan mereka mencabar keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Najib.
Dengan itu, Dato Sri Najib dan Arul Kanda bebas dari tuduhan berkaitan audit 1MDB.
Pasukan Peguambela Dato Sri Najib, Shafee & Co telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan kes tersebut.
Najib telah dituduh di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 pada 2018.
Pada Mac 2023, Mahkamah Tinggi mendapati kes tiada ‘prima facie’.