Mohamad Amsyar meninggal dunia

Kuala Lumpur: Penghidap kanser leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia), Mohamad Amsyar Adha Mohamad Izuan meninggal dunia, 2.55 pagi, hari ini, selepas tujuh bulan menderita.

Berita pemergian Mohamad Amsyar Adha, 11, dikongsikan bapanya, Mohamad Izuan Seman, 36.

Menurut Mohamad Izuan, Mohamad Amsyar Adha menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tunku Azizah (HTA), di sini.



Katanya, jenazah anaknya dibawa keluar dari HTA kira-kira 7 pagi tadi dan akan dikebumikan di Kampung Baru, Dato Sri Hamzah, Kemayan, Bera, Pahang.

“Salam, nak maklum anak syurga saya Mohamad Amsyar Adha telah pergi jam 2.55 pagi tadi.

“Jenazah akan dikebumikan di Kemayan, Bera (Pahang).

“Mohamad Amsyar Adha dimasukkan ke HTA pada Jumaat lalu, kiranya dia sempat menerima rawatan selama empat hari sebelum meninggal dunia,” katanya menerusi kiriman WhatsApp ringkas kepada Harian Metro.



Mohamad Amsyar Adha atau mesra disapa Amsyar disahkan menghidap perlu kanser leukemia ALL pada Mac lalu.

Berikutan itu, Mohamad Amsyar Adha perlu menjalani rawatan kemoterapi selama 36 hari dengan pusingan pertamanya selesai, April lalu.

Bagaimanapun, Mohamad Amsyar Adha mengalami komplikasi menyebabkan limpanya dibuang menerusi satu pembedahan pada 31 Mei lalu.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading