Azmin wajar dedah nama Menteri PH yang kejam

Pakatan Harapan tidak berani bidas Azmin

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Azmin wajar dedah 8 nama Menteri PH

Azmin Ali dalam satu temubual stesen tv mendedahkan 8 Menteri Pakatan Harapan pernah mendesak agar Perdana Menteri, Tun Mahathir menukarkan 8 Ketua Setiausaha Kementerian.



Bagaimanapun, Azmin tidak berani mendedahkan nama-nama Menteri tersebut. Dalam temubual itu juga, Azmin yang juga bekas Menteri Pakatan Harapan mendedahkan banyak peruntukan pembangunan bagi kaum tertentu dipadamkan.

“mereka (Pakatan Harapan) telah gagal memenuhi aspirasi rakyat, mereka bertembung (menentang) dengan rakyat” – Azmin Ali

Sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh rakyat Malaysia betapa kejamnya sikap Pakatan Harapan yang mengambil alih pemerintahan pada Mei 2018.

Menghairankan mengapa baru kini Azmin mendedahkan kekejaman Pakatan Harapan? Mengapa tidak semasa beliau masih menjadi Menteri Ekonomi zaman PH?



Jawapan mudah, bila Pilihanraya Umum Ke-15 menghampiri, maka sesuatu perlu dilakukan Azmin bagi menggambarkan dirinya bersih, suci dan kononnya prihatin dengan rakyat.

Dalam pada itu, Azmin tidak berani mengkritik kesilapan Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri. Dalam temubual itu juga, Azmin cuba menyakinkan rakyat, Perikatan Nasional merupakan pilihan terbaik untuk PRU15.

PAKATAN HARAPAN TIDAK BERANI PERSOAL AZMIN ALI?

Dengan pendedahan oleh Azmin Ali, kini Pakatan Harapan sudah berada dalam zon bahaya untuk ditolak pengundi pada PRU15.

Adakah mereka (PH) akan berdiam diri dan membiarkan sahaja dakwaan Azmin digunakan dalam kempen politik PN?



Azmin wajar dedah 8 nama Menteri PH

Sewajarnya  8 Menteri yang didakwa Azmin mendesak untuk menukarkan 8 KSU Kementerian bertindak balas menjawap pendedahan tersebut. 

Jika terus berdiam diri, rakyat akan percaya dakwaan Azmin adalah benar dan pengundi akan menilai semula hasrat mereka pada 19 November depan.

Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional pernah cuba untuk bekerjasama dengan idea ‘khemah besar’ namun PAS sebagai gabungan PN menolak untuk bersama dengan PH.



Azmin wajar dedah 8 nama Menteri PH

Untuk rekod, PPBM selaku teraju utama PN pernah bersama dalam gabungan Pakatan Harapan dan membentuk kerajaan pada 2018.

Bertindak keluar dari PH selepas ‘Langkah Sheraton’, PPBM menubuhkan Perikatan Nasional yang menggabungkan PAS, GERAKAN, STAR dan SAPP. Umno menolak untuk bersama dalam gabungan tersebut.

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading