PRK Pelangai – UMNO perlu kerja keras pertahan kemenangan

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


PRK Pelangai - UMNO perlu kerja keras pertahan kemenangan

 



Menjelang hari penamaan calon PRK Pelangai pada 23 September ini, di atas kertas, UMNO dilihat mampu untuk mengekalkan kemenangan DUN Pelangai.

Bagaimanapun, tentangan yang akan dihadapi UMNO perlu diambil kira selepas gelombang yang melanda PRN 6 Negeri lalu.

PRK Pelangai - UMNO perlu kerja keras pertahan kemenangan

Perikatan Nasional ternyata ghairah untuk merampas kerusi Pelangai dari Umno dan Barisan Nasional. Ketika ditanya wartawan mengenai siapa calon PN, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Pahang, Rosli Abdul Jabar menyatakan hampir pasti calon dari PAS akan mewakili PN.



PRK Pelangai - UMNO perlu kerja keras pertahan kemenangan

Perikatan Nasional sudah pasti mahukan kemenangan di Pelangai sebagai penyuntik semangat bagi merealisasikan impian mereka menguasai 3 Negeri Pantai Timur.

Sekiranya PN dapat merampas kerusi DUN Pelangai, ini akan menjadi kemenangan moral dan pertambahan kerusi dari 17 ke 18 kerusi dalam DUN Pahang.

PRK Pelangai - UMNO perlu kerja keras pertahan kemenangan



Apabila ditanya sama ada PN meletakkan calon PAS, Rosli tidak menafikannya.

“Kalau ikut status quo, calon PAS akan bertanding di Pelangai,”- Rosli Abdul Jabar – 13 September 2023

Bagaimanapun, sudah ada suara-suara dari kalangan ahli BERSATU yang mahukan agar PAS memberi laluan kepada BERSATU untuk bertanding di Pelangai. 

Kemungkinan besar akan berlaku sabotaj dalaman sekiranya PAS enggan bertolak ansur dalam soal calon yang bakal mewakili PN kelak kerana desas-desus berbuat demikian sudah mula tersebar.



UMNO, BN MASIH ‘RAHSIAKAN’ CALON PRK PELANGAI

PRK Pelangai - UMNO perlu kerja keras pertahan kemenangan

Manakala di sebelah BN, senarai calon masih lagi menjadi misteri dan pastinya Pengerusi Perhubungan Negeri Umno Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail mahu menampilkan calon terbaik mewakili BN.

Jumlah pengundi bagi DUN N36 Pelangai, pengundi keseluruhan adalah 16,456 dengan Melayu menguasai sebanyak 72.13%, Cina 18.19%, India 5.71% manakala Lain-lain Kaum 3.96%.

 



3 buah rancangan FELDA terletak di bawah Dun Pelangai – FELDA Kemasul, FELDA Chemomoi, FELDA Kemahal. Difahamkan, pengundi di 3 FELDA ini juga akan mempengaruhi faktor kemenangan parti yang bertanding kelak.

Untuk menyatakan Perikatan Nasional mempunyai khidmat kepada golongan Peneroka samada generasi pertama, kedua mahupun ketiga dalam 3 FELDA ini amatlah mustahil. Tetapi, jika dimainkan emosi serta membangkitkan satu bentuk protes di kalangan generasi kedua dan ketiga di Felda, tidak mustahil undi akan berubah arah.

Ini merupakan perkara yang perlu ditangani dari awal dan diterangkan kepada anak muda mengenai struktur pentadbiran Negeri serta segala jenis bantuan yang disediakan oleh BN menerusi kerajaan negeri Pahang.



Juga sesi penerangan berkaitan kerjasama politik dalam Kerajaan Perpaduan samada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri perlu dipertingkatkan bagi memberi kesedaran kepada semua pengundi memahami pentingnya kestabilan politik untuk menguruskan sesebuah kerajaan.

Laporan atas kertas tidak semestinya memberi gambaran sebenar yang berlaku diperingkat bawahan. Oleh demikian, pemimpin yang akan terlibat dalam proses kempen perlu benar-benar turun padang mendekati semua lapisan pengundi.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button