Kerajaan Mengkaji Keperluan Bagi Syarikat Media Sosial Mendaftar Dan Mempunyai Lesen
Kementerian Komunikasi dan Digital memaklumkan mereka sedang mempertimbangkan keperluan untuk platform media sosial dan internet gergasi seperti Google, Meta dan TikTok untuk mendaftar dan mempunyai lesen untuk beroperasi.
Ini kerana platform-platform berkenaan menjana pendapatan, dan memberikan kesan kepada syarikat media tempatan.
Menerusi beberapa perbincangan pihak kerajaan, beberapa langkah sedang dipertimbangkan dalam membolehkan platform berkenaan menyumbang kembali kepada syarikat media tempatan.
Sementara itu, pendaftaran dan pelesenan ini dijangka akan membawa kepada kelangsungan industri media tempatan.
Malah, ia dapat membantu dalam memastikan syarikat media tempatan untuk terus menjana pendapatan.
Dalam pada itu, masih belum diketahui lagi bagaimanakah syarikat platform internet akan memberikan reaksi terhadap perkara ini.
Sebelum ini, ia pernah dikongsikan kurang 3% pengguna di Facebook yang melihat kandungan berbentuk berita, dan ketiadaan berita di platform mereka dijangka tiada kesan yang serius terhadap platform berkenaan.
Perkara ini sedia terbukti selepas Facebook tidak memaparkan kandungan berita di Kanada baru-baru ini.
Terdahulu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim melakukan pembentangan melibatkan Rancangan Malaysia Kedua Belas di Parlimen dan mengumumkan inisiatif bagi Dasar Pendidikan Digital dan ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Kredit: Bernama
Kerajaan Mengkaji Keperluan Bagi Syarikat Media Sosial Mendaftar Dan Mempunyai Lesen
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Terbukti Muhyiddin tidak layak jadi Penasihat ‘SG4’
- Sambutan Program Keretapi Sarong Jauh Lebih Meriah Berbanding Himpunan Selamatkan Malaysia
- Ayob Khan: 25 Akan Di Soal Siasat Berkaitan Himpunan Selamatkan Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal