Ayob Khan: 25 Akan Di Soal Siasat Berkaitan Himpunan Selamatkan Malaysia

Ayob Khan: 25 Akan Di Soal Siasat Berkaitan Himpunan Selamatkan Malaysia

Ayob Khan: 25 Akan Di Soal Siasat Berkaitan Himpunan Selamatkan Malaysia

Pihak polis akan memanggil 25 individu yang telah dikenal pasti terlibat dalam Himpunan Selamatkan Malaysia pada hari Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan berkata, 22 dari mereka sudah pun dihubungi oleh pihak polis.

6 dari mereka sudah menyatakan persetujuan untuk hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.



“5 orang termasuk seorang pimpinan sebuah parti politik akan hadir ke IPD Dang Wangi esok”.

“Seorang lagi pada 19 September, manakala yang lain akan dipanggil kemudian”.

“Ada seorang YB yang terlibat dalam himpunan itu setuju untuk beri keterangan esok,” jelas Ayob Khan.

Ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis itu.



Mereka mendakwa di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakan hak asasi untuk berhimpun.

Namun begitu, menurut Ayob Khan, ianya perlu juga dilihat Artikel 10 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel tersebut secara jelas menyatakan, kebebasan untuk berhimpun atau berucap mempunyai had atau batas yang perlu dipatuhi.

“Kita perlu mengimbangi antara hak asasi dengan keselamatan dan ketenteraman awam”.



“Itu kena jelas dan pihak polis tidak akan bertolak ansur,” tegas Ayob Khan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Selain itu, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 4(2)b mengadakan perhimpunan larangan di masjid dan Seksyen 4(2)e membawa kanak-kanak bagi menyertai perhimpunan.

Janganlah digunakan alasan hak asasi bersuara atau kebebasan bersuara untuk sewenang-wenangnya melanggar undang-undang negara.



Kalau kita merasakan kita mempunyai kebebasan bersuara, rakyat yang lain juga mempunyai hak untuk hidup secara bebas dan aman.

Di mana rasionalnya perhimpunan yang kononnya diadakan untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang?

Sedangkan dalam masa yang sama penganjur dan peserta yang menyertai perhimpunan tersebut secara jelas telah membelakangkan undang-undang?

 



Ayob Khan: 25 Akan Di Soal Siasat Berkaitan Himpunan Selamatkan Malaysia

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button