Lebuhraya Koridor Guthrie Turut Menguji Pembayaran Tol Melalui Kad Kredit Dan Debit
Lebuhraya Koridor Guthrie Turut Menguji Pembayaran Tol Melalui Kad Kredit Dan DebitSebanyak 12 lebuhraya telah mengumumkan akan melaksanakan ujian rintis sistem pembayaran terbuka dan membolehkan orang ramai melakukan pembayaran menggunakan kad kredit dan debit sebagai alternatif kepada kad Touch n Go.
Kini, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) yang beroperasi dibawah Prolintas turut melaksanakan alternatif ini.
Sementara itu, Prolintas telah mengaktifkan secara berperingkat ciri sama di Lebuhraya AKLEH.
Malah, dengan langkah alternatif ini pengguna yang terlupa melakukan tambah-nilai untuk kad TNG boleh terus membayar menggunakan kad debit atau kredit.
Dalam pada itu, ia juga dijangka mengurangkan kesesakkan di plaza tol disebabkan masalah tambah-nilai.
Sebelum ini, pelbagai lebuhraya lain juga turut telah melakukan ujian rintis untuk sistem pembayaran terbuka ini, termasuk di SPRINT, DUKE, LDP, BESRAYA, MEX dan lain-lain.
Kredit: amanz
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Terbukti Muhyiddin tidak layak jadi Penasihat ‘SG4’
- Sambutan Program Keretapi Sarong Jauh Lebih Meriah Berbanding Himpunan Selamatkan Malaysia
- Ayob Khan: 25 Akan Di Soal Siasat Berkaitan Himpunan Selamatkan Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal