Anwar adakan pertemuan dengan empat syarikat gergasi

Anwar adakan pertemuan dengan empat syarikat gergasi

Anwar adakan pertemuan dengan empat syarikat gergasi
ANWAR mengadakan pertemuan dengan ahli ekonomi terkenal yang juga pemenang Anugerah Peringatan Nobel dalam bidang ekonomi Prof Joseph Stiglitz dari Universiti Colombia di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78. FOTO BERNAMA

New York: Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik pelabur ke Malaysia diteruskan dengan pertemuan bersama empat syarikat gergasi iaitu Google, Boeing, Medtronic dan Siemens Healthineers.

Mesyuarat perniagaan itu diadakan secara berasingan sempena kehadiran Perdana Menteri di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78 (UNGA) di sini.

Perbincangan ini turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Kadir serta wakil agensi dari MIDA dan Matrade.

Menurut Anwar, semua syarikat ini turut menyatakan hasrat mengembangkan operasi dan perniagaan mereka di Malaysia.

Kerajaan Perpaduan juga akan memudahcara serta menggalak pelaburan dalam memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan pilihan di rantau Asia Tenggara.

Beliau juga mengadakan perjumpaan bersama ahli ekonomi terkenal yang juga pemenang Anugerah Peringatan Nobel dalam bidang ekonomi, Professor Joseph Stiglitz daripada Universiti Columbia.

“Kesempatan ini turut dimanfaatkan untuk kami bertukar pandangan terkait keperluan ekonomi negara membangun diberi peluang yang lebih saksama, khususnya dalam persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.

“Kami turut berbincang mengenai langkah dan strategi untuk meningkatkan pendapatan dan membasmi kemiskinan dan dalam masa sama memastikan kemapanan.

“Pendidikan yang lebih menyeluruh juga perlu diberi tumpuan, demi membina jati diri dan sahsiah generasi masa hadapan,” katanya.

Idea perbincangan juga akan dimanfaat dan dicambah bagi mempertingkatkan potensi ekonomi negara.

Anwar adakan pertemuan dengan empat syarikat gergasi

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button