Pejabat Jokowi di Nusantara papar reka bentuk Garuda
Pejabat Jokowi di Nusantara papar reka bentuk Garuda
Jakarta: Pembinaan pejabat presiden Indonesia di ibu negara baharunya, Nusantara di Pulau Borneo, kini siap 38 peratus, kata Presiden Joko Widodo.
Presiden itu melawat tapak pembinaan bangunan itu hari ini yang memaparkan reka bentuk burung Garuda dengan sayap melebar, di Kabupaten Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur.
Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi, naik ke tingkat atas bangunan itu dan secara simbolik meletakkan struktur modul pertama Garuda yang berperanan sebagai simbol bangunan itu.
Menurut Jokowi, pelbagai projek infrastruktur di ibu negara baharu itu berjalan lancar seperti yang dirancang, termasuk pejabat presiden, istana presiden, dan bangunan kementerian, yang kesemuanya berjalan mengikut jadual.
Pegawai Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Rakyat Diana Kusumastuti berkata kementerian itu mensasarkan pemasangan 4,650 bilah Garuda selesai menjelang Mac 2024.
Indonesia memindahkan Ibu negaranya ke Nusantara di Kalimantan Timur di Pulau Borneo untuk mengurangkan masalah lalu lintas dan alam sekitar di Jakarta.
Langkah ini juga melambangkan peralihan dalam memusatkan kerajaan dan mengurangkan tumpuannya di Pulau Jawa.
Pejabat Jokowi di Nusantara papar reka bentuk Garuda
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Kepada Jawatan Anwar?
- Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak
- ‘Tidur’ selama 22 tahun, kini Mahathir mahu bantu 4 negeri Melayu
- Kembalikan GST – Najib Razak telah bertindak betul.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :