Tiga warga Britain disahkan terbunuh dalam kebakaran bot di Mesir

Tiga warga Britain disahkan terbunuh dalam kebakaran bot di Mesir

Tiga warga Britain disahkan terbunuh dalam kebakaran bot di Mesir
Sebuah bot penyelamat berlayar di sebelah ketika kepulan asap keluar dari kapal layar yang terbakar di Marsa Alam, Mesir, semalam. -REUTERS

LONDON: Tiga warga Britain yang hilang dalam insiden bot terbakar di Laut Merah di luar Mesir disahkan meninggal dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jurucakap Scuba Travel berkata kejadian berlaku selepas bot selam skuba Hurricane bersaiz sederhana terbakar di luar bandar peranginan Marsa Alam, semalam.

Ketiga-tiga penumpang itu adalah antara 15 penyelam profesional yang turut berada di atas bot itu kita kebakaran berlaku kira-kira jam 8.30 pagi waktu tempatan.



Sebuah kapal berhampiran digunakan untuk memindahkan 12 penyelam dan 14 anak kapal terpaksa meninggalkan kapal selepas gagal menemukan tiga penyelam malang itu, menurut Scuba Travel.

Pihak berkuasa Mesir sebelum ini berkata pemeriksaan awal mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas elektrik di dalam bilik enjin bot.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?



Tiga warga Britain disahkan terbunuh dalam kebakaran bot di Mesir


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading