JDT III menang final pertama Piala Presiden
JDT III menang final pertama Piala Presiden
SEREMBAN – Pasukan Johor Darul Ta’zim III (JDT III) selangkah untuk menjulang Piala Presiden apabila berjaya menumbangkan Negeri Sembilan FC 3-1 pada aksi final pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini malam ini.
Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Sanz Zaballos Gonzalo lebih selesa pada final kedua pada 1 Oktober depan untuk menjulang piala.
Gol pertama JDT III dijaringkan oleh Muhammad Aiman Danish Abdul Azim pada minit ke-7.
Cubaan menjarakkan kedudukan JDT III berjaya dibuat oleh Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri pada minit ke-20.
Separuh masa pertama tamat dengan tambahan masa dua minit.
Sepakan penalti dari Fergus Tierney berjaya membolos gawang gol NSFC pada minit ke-69 untuk meraih gol ketiga JDT III.
NSFC berjaya menjaringkan gol pertama oleh Muhammad Danish Syamer Tajuddin ketika masa tambahan lima minit sebelum wisel penamat dibunyikan. – KOSMO! ONLINE
JDT III menang final pertama Piala Presiden
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Kepada Jawatan Anwar?
- Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak
- ‘Tidur’ selama 22 tahun, kini Mahathir mahu bantu 4 negeri Melayu
- Kembalikan GST – Najib Razak telah bertindak betul.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :