Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO
Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO
Penulis ucapkan tahniah kepada ahli parlimen Ipoh Timur, Howard Lee, kerana akhirnya beliau memutuskan untuk berjiwa besar.
Demi untuk menjernihkan yang keruh dan menjamin kerjasama yang terjalin dalam Kerajaan Perpaduan, Howard Lee akhirnya tampil memohon maaf dalam isu mentafsir Al Quran.
Dalam sidang media yang beliau lakukan di pejabat pusat khidmat ahli parlimen Ipoh Timur, Howard Lee menyatakan ada beberapa sebab mengapa beliau mengambil keputusan itu.
Menurut Howard Lee, antara sebab utama adalah setelah mengambilkira teguran yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi.
“Saya ambil kesempatan di sini untuk meminta maaf atas segala kesulitan”.
“Saya memohon maaf bagi semua pihak termasuk semua rakan-rakan bukan Islam”.
“Termasuk parti lain termasuk Gerakan dan Dewan Himpunan Pendukung PAS yang turut memetik ayat suci al-Quran dalam konteks politik”.
“Saya tak tafsir sendiri tetapi saya menukilkan tafsiran ayat itu yang diajarkan pihak yang arif dan orang alim”.
“Bukan sahaja dalam hal agama Islam, sebaliknya semua topik saya hendak ulas yang bukan kepakaran saya”.
“Maka saya akan buat kajian dahulu termasuk bertalaqi dengan orang alim dan bermuzakarah dengan beberapa ustaz”.
“Namun sekarang pula tidak boleh”.
“Saya juga sangsi mengapa DHPP boleh sahaja memetik ayat al-Quran”.
“Malah melafazkannya dalam bahasa Arab”.
“Sedangkan saya hanya memetik tafsir (terjemahan) dengan tidak memetik bahasa Arab,” jelas beliau.
Perbezaan Keikhlasan Antara UMNO Dan PAS
Bagi penulis, inilah perbezaan yang ketara antara UMNO dan PAS.
Semasa bersama DAP, bagi pemimpin PAS, tidak ada masalah bagi pemimpin DAP yang bukan Islam untuk membaca dan menafsirkan Al Quran.
Malah perkara itu masih berlaku hingga sekarang dan ianya dilakukan oleh pemimpin Gerakan dan Dewan Himpunan Pendukung PAS.
Oleh kerana kehadiran mereka memberi nilai tambah kepada PAS, maka apa sahaja yang dilakukan adalah halalun toyibban.
Tetapi apabila mereka tidak lagi bersama PAS, maka apa sahaja yang mereka lakukan adalah salah dan haram serta WAJIB ditentang.
Tetapi bagi UMNO, walau pun yang melakukannya adalah sekutu, yang salah tetap salah dan teguran mesti dibuat supaya ianya tidak berulang.
Siapa sebenarnya yang lebih ikhlas dan jujue mempertahankan agama Islam?
Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO
Di Syorkan Untuk Anda:
- Masalah Beras Boleh Meruntuhkan Kerajaan Perpaduan
- Adakah Akhlak Sanusi Layak Di Kategori Sebagai Akhlak Pemimpin Islam?
- Peluang Kerajaan Perpaduan Dapatkan Kembali Majoriti 2/3