Malaysia sasar kedudukan tiga terbaik pada kejohanan hoki Piala Sultan Johor
Malaysia sasar kedudukan tiga terbaik pada kejohanan hoki Piala Sultan Johor
JOHOR BAHRU – Skuad Young Tigers menyasarkan untuk sekurangnya berada di kedudukan ketiga terbaik dalam kejohanan hoki antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 edisi ke-11.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh berkata, kejohanan itu akan menjadi medan buat Malaysia bagi menghadapi Kejohanan Piala Dunia Hoki Junior.
“Persiapan pemain pada tahap terbaik dan berjalan lancar. Kita sasar sekurangnya berada di kedudukan tiga terbaik.
“Berdasarkan prestasi semasa, kita harap pemain dapat memberi saingan terbaik,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Penyampaian Cek Penajaan Kejohanan SOJC 2023 yang disempurnakan oleh Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim di sini hari ini.
SOJC 2023 yang membuka tirainya pada Oktober depan menyaksikan lapang negara bakal berentap di Stadium Hoki Taman Daya, di sini termasuk pasukan gergasi seperti Great Britain, India, German, Australia, Afrika Selatan, New Zealand, Pakistan dan Malaysia. – KOSMO! ONLINE
Malaysia sasar kedudukan tiga terbaik pada kejohanan hoki Piala Sultan Johor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Undi PAS dapat Mahathir, apa kata Peneroka Felda?
- Radzi Jidin tidak perlu gelabah, ikut sahaja teladan Najib dan Zahid
- Masalah Beras Boleh Meruntuhkan Kerajaan Perpaduan
- Peluang Kerajaan Perpaduan Dapatkan Kembali Majoriti 2/3
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :