Tindakan Bijak Tetapi Kurang Berhemah Dr Akmal
@drakmalsaleh Hari ni kita terjah 2 kilang beras pula Kilang pertama & kilang ke 2 Tugas saya adalah untuk menjaga rakyat bukan tauke besar!!! I dont care!! #drakmalsaleh #YangBerkhidmat
Tindakan Bijak Tetapi Kurang Berhemah Dr Akmal
Tular di media sosial, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga merupakan EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Akmal Saleh terjah kliang beras.
Penulis memuji tindakan Dr Akmal kerana bertindak tegas demi untuk memastikan keterjaminan makanan rakyat.
Dalam video tersebut, Dr Akmal dilihat membuat pemeriksaan mengejut ke salah sebuah kilang beras tempatan untuk memastikan harga jualan mematuhi arahan kerajaan.
Tidak pasti apa isunya, sama ada pengilang tersebut menjual beras melebihi dari harga lantai yang ditetapkan kerajaan.
Tafsiran yang dapat dibuat adalah pengilang tersebut tidak mematuhi arahan kerajaan dengan pelbagai alasan.
Tetapi satu yang Dr Akmal lupa adalah bersikap tegas tidak semestinya kita mesti bersikap keras.
Tanpa bersikap keras, kita masih lagi boleh bertindak tegas dalam menyelesaikan masalah dengan mengikut cara yang betul.
Tidak perlu bertegang urat dengan pengilang yang degil yang sentiasa memikirkan keuntungan, walau pun terpaksa menekan rakyat.
Sebagai seorang EXCO, Dr Akmal hanya perlu memberi kata dua kepada pemilik kilang berkenaan.
Sekiranya pemilik kilang berkenaan masih berdegil, arahkan penguatkuasa mengambil tindakan undang-undang yang tegas.
Ini pastinya akan memberi pengajaran kepada pengilang yang lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.
Dari sudut politik, tindakan Dr Akmal boleh menimbulkan kemarahan bangsa Cina kepada parti UMNO.
Dan ianya juga boleh menimbulkan perasaan kurang senang DAP yang menjadi sekutu UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
Dr Akmal mesti ingat, setiap tindakan yang beliau lakukan, bukan hanya memberikan gambaran tindakan dari individu yang bernama Dr Akmal.
Tetapi tindakan itu akan dilihat sebagai tindakan dan pendirian UMNO Malaysia.
Walau bagaimana pun, penulis memuji tindakan yang dilakukan dan teruskan tindakan yang sama, cuma dengan cara yang lebih berhemah.
Tindakan Bijak Tetapi Kurang Berhemah Dr Akmal
Di Syorkan Untuk Anda:
- Masalah Beras Boleh Meruntuhkan Kerajaan Perpaduan
- Adakah Akhlak Sanusi Layak Di Kategori Sebagai Akhlak Pemimpin Islam?
- Peluang Kerajaan Perpaduan Dapatkan Kembali Majoriti 2/3