SPRM tahan pembantu tadbir buat tuntutan palsu RM160,000

SPRM tahan pembantu tadbir buat tuntutan palsu RM160,000

SPRM tahan pembantu tadbir buat tuntutan palsu RM160,000
Foto hiasan

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang pembantu tadbir kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pelbagai pembekalan dan perkhidmatan berjumlah kira-kira RM160,000.

Menurut sumber, suspek wanita berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah.

Katanya, suspek yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan dipercayai melakukan kesalahan membuat tuntutan palsu bagi perkhidmatan yang tidak pernah dibekalkan.



“Suspek disyaki terbabit dalam tuntutan palsu pada tahun 2018 hingga 2020 dengan mengemukakan 11 invois atas nama dua syarikat berbeza.

“Dalam tuntutan itu terdapat pelbagai pembekalan dan perkhidmatan yang tidak dilaksanakan membabitkan penganjuran lapan program,” katanya.

Beliau berkata, suspek dilepaskan dengan jaminan RM10,000 pada hari sama selepas SPRM selesai merekodkan keterangannya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Rosley Mohamad Satar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.



SPRM tahan pembantu tadbir buat tuntutan palsu RM160,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tidak benar ahli UMNO tidak berpuas hati dengan Amizar

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button