2 staf perubatan direman 6 hari kes rasuah urus mayat bukan Islam

2 staf perubatan direman 6 hari kes rasuah urus mayat bukan Islam

2 staf perubatan direman 6 hari kes rasuah urus mayat bukan Islam
Dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk permohonan reman, pagi tadi. – NSTP/Ahmad Hasbi

SEREMBAN: Dua daripada empat staf perubatan awam yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam, direman enam hari bermula hari ini.

Dua lagi dilepaskan dengan jaminan RM10,000 atas faktor kesihatan.

“Permohonan reman dibuat di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali di Mahkamah Majistret Jenayah Seremban hari ini.



“Dua individu dibenarkan ditahan reman selama enam hari sehingga 1 Oktober dan ditempatkan di lokap SPRM Negeri Sembilan. Mereka diwakili peguam, M Parameswary dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK),” kata sumber.

Menurutnya, SPRM Negeri Sembilan menahan empat individu berusia lingkungan 30-an hingga 50-an, termasuk seorang wanita petang semalam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM11,000.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal




“Mereka disyaki menerima rasuah RM100 hingga RM600 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

2 staf perubatan direman 6 hari kes rasuah urus mayat bukan Islam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tidak benar ahli UMNO tidak berpuas hati dengan Amizar

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading