Hanya Lawan PAS Haram, Yang Lain Semua Halal

Hanya Lawan PAS Haram, Yang Lain Semua Halal

Hanya Lawan PAS Haram, Yang Lain Semua Halal

Isu ahli parlimen DAP Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How, membacakan tafsiran Al Quran terus hangat dimainkan oleh pemimpin PAS.

Dalam satu rakaman video yang tular, beliau membacakan tafsiran dari surah An Nisa ayat 59

Dalam isu ini, penulis bersetuju supaya ayat suci Al Quran tidak boleh dengan sewenang-wenangnya ditafsirkan oleh orang yang bukan ahli tafsir.



Apa lagi kalau ianya ditafsirkan dengan tujuan untuk politik.

Ianya adalah satu perbuatan yang sangat salah dan boleh dianggap sebagai perbuatan menghina kalam Allah SWT.

Kerana sebarang tafsiran terhadap ayat Al Quran perlu disertai dengan disiplin ilmu berkaitan.

Ia hanya boleh dilakukan oleh orang yang mahir dalam ilmu tafsiran supaya ia dieksploitasikan bagi kepentingan diri.



Apa yang mahu penulis ulas adalah sikap pemimpin PAS terhadap isu tersebut.

Mungkin ramai yng tidak menyedari, perbuatan membaca dan menafsirkan ayat Al Quran oleh orang bukan Islam pernah direstui oleh pemimpin PAS.

Masih ingat lagi isu pemimpin DAP Nga Kor Meng membuat ulasan terhadap tafsiran Al Quran?



Ketika ditanyakan kepada Mursyidul Am PAS ketika itu, Allahyarham Nik Aziz, beliau berkata tidak salah guna ayat Al Quran!!!

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Dan mutakhir ini, perkara yang sama juga diulang oleh pemimpin bukan Islam yang menyokong PAS, di hadapan pemimpin PAS.



@wanmahussinwanzain

Membalas kepada @darkzagi94

♬ bunyi asal – WanMahussinWanZain – WanMahussinWanZain

Tidak ada sebarang bantahan atau tentangan dari pemimpin PAS.



Jadi, apakah sebenarnya matlamat pemimpin PAS memainkan isu tersebut?

Mahu mempertahankan kesucian Al Quran atau mahu mendapatkan ‘political mileage’ dari isu tersebut, walau pun dengan memperdagangkan Al Quran?

Atau bagi PAS, selagi tidak melawan PAS, maka segalanya molek dan HALAL.

Tetapi kalau sudah dianggap melawan PAS, maka segala apa yang dilakukan adalah HARAM!!!



 

Hanya Lawan PAS Haram, Yang Lain Semua Halal

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button