Bakal beri kesan negatif kepada peniaga kecil

Bakal beri kesan negatif kepada peniaga kecil

Bakal beri kesan negatif kepada peniaga kecil
FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Kenaikan harga bahan asas makanan dilihat memberi kesan negatif kepada peniaga kecil untuk jangka sederhana dan panjang, kata Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Dr Mohd Faisol Ibrahim.

Beliau berkata, jika tidak dikawal, peningkatan harga bahan asas yang tinggi akan memberi impak kenaikan harga oleh peniaga yang menjual makanan dan minuman.

Katanya, ia juga menyebabkan pelanggan menerima tempias terhadap kenaikan harga dan mengurangkan kuasa membeli pengguna.



“Peniaga kecil biasanya terdiri daripada golongan B40 dan ada M40 yang mana mereka ini berniaga untuk menampung kehidupan keluarga berdepan kos sara hidup yang sentiasa meningkat dan membebankan.

“Mereka tiada pilihan walaupun harga barangan naik, mereka perlu meneruskan perniagaan ini kerana itu sumber rezeki mereka.

“Selain itu, rata-rata peniaga kecil ini adalah mereka yang menjual nasi lemak, roti canai, berniaga di tepi jalan, di restoran kecil sekitar kampung, pekan dan pinggir bandar, jadi kenaikan bahan asas seperti gula, beras atau bahan mentah lain, akan menjadikan peniaga ini terpaksa naikkan harga jualan mereka.

“Jika harga barang asas terus meningkat, peniaga tiada pilihan selain terpaksa menaikkan harga jualan mereka dan ini sudah pasti menyebabkan bilangan pelanggan mula berkurangan.



“Jika peniaga ini tidak mampu bertahan dengan bilangan pelanggan semakin berkurangan, manakala kos bahan asas mahal, akhirnya peniaga ini terpaksa tutup perniagaan mereka.

“Ada juga peniaga terpaksa menampung kenaikan harga menggunakan simpanan sendiri untuk memastikan pelanggan tak lari,” katanya kepada Bisnes Metro.

 

Bakal beri kesan negatif kepada peniaga kecil


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button