Sumbang nilai ditambah RM274.3B

Sumbang nilai ditambah RM274.3B

Sumbang nilai ditambah RM274.3B
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Hampir 3,000 affiliate atau syarikat bersekutu asing yang beroperasi di Malaysia menyumbang nilai ditambah sebanyak RM274.3 bilion pada 2021 atau 17.7 peratus kepada ekonomi negara ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sebaliknya, lebih daripada 2,300 sekutu asing Malaysia yang beroperasi di luar negara menjana perolehan sebanyak RM334.1 bilion pada tahun sama, kata DOSM dalam laporan Statistik Sekutu Asing di Malaysia (Inward FATS) dan Statistik Sekutu Asing Malaysia di Luar Negara (Outward FATS) 2021, baru-baru ini.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, sekutu asing berkenaan merujuk kepada syarikat atau perusahaan dengan pemilikan ekuiti lebih 50 peratus oleh pelabur tunggal.



“Objektif penerbitan Inward dan Outward FATS oleh DOSM adalah untuk memberi maklumat tahunan mengenai ciri-ciri utama dan indikator ekonomi yang menentukan struktur dan aktiviti yang dikawal oleh sekutu asing di Malaysia dan sebaliknya,” katanya dalam kenyataan itu.

Mohd Uzir berkata, sekutu asing di Malaysia meningkat secara marginal sebanyak 0.3 peratus daripada 2,979 pada 2020, menjana RM274.3 bilion nilai ditambah iaitu peningkatan 13.8 peratus berbanding RM241.0 bilion pada tahun sebelumnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?




Pada masa sama, bilangan pekerja yang terbabit dengan firma sekutu asing turut meningkat sebanyak 2.9 peratus dengan merekodkan 884,843 orang berbanding 2020, disokong oleh pasaran tenaga kerja yang bertambah baik di negara ini.

“(Susulan itu), hasilnya menyaksikan pampasan pekerja secara keseluruhannya meningkat daripada RM48.7 bilion kepada RM51.9 bilion pada 2021,” katanya.

Mengulas selanjutnya mengenai prestasi Inward FATS mengikut aktiviti ekonomi, Mohd Uzir berkata, sektor pembuatan kekal sebagai penyumbang utama dan nilai tambah tertinggi pada 48.6 peratus yang mencecah RM133.3 bilion pada 2021.

Sektor itu menggaji sebanyak 664,721 orang dengan bayaran pampasan RM36.1 bilion, terutama dalam subsektor elektrik, peralatan pengangkutan dan pembuatan lain, katanya. – Bernama



Sumbang nilai ditambah RM274.3B


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button