Polis Sahkan Ebit Liew Di Siasat Atas Dakwaan Rogol

Ebit Liew Di Siasat Atas Dakwaan Rogol

Polis Sahkan Ebit Liew Di Siasat Atas Dakwaan Rogol

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Mohd. Shuhaily Mohd. Zain, mengesahkan Ebit Liew disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Siasatan dilakukan atas susulan laporan yang dibuat oleh pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo, baru-baru ini.

“5 hari sebelum Ebit Lew membuat laporan polis, polis turut menerima satu laporan polis dakwaan rogol terhadapnya”.



“Setakat ini polis telah memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua kes tersebut”.

“Sebaik sahaja tiba di Malaysia, Ebit Lew membuat laporan polis”.

“Ia berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya yang dikeluarkan menerusi sebuah podcast khas bertajuk ‘The Mondy Tattoo Inteview'”.

“Selain satu lagi laporan polis penafian terhadap kes rogol”.



“Setakat ini, wanita warga Indonesia itu masih berada di dalam Malaysia”.

“Kita ambil telefon Mondy untuk siasat”.

“Memang ada peruntukan undang-undang bila ambil, kita siasat pengisian sama dengan apa yang dicakap, masa kejadian dan lain-lain lagi”.

“Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya.



Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Berikan ruang yang secukupnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan yang menyeluruh tanpa sebarang tekanan dari mana-mana pihak.

Untuk rekod, Ebit Liew juga sedang menghadapi perbicaraan mahkamah atas 11 pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Beliau dituduh membuat hantaran gambar dan perkataan lucah yang bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.



Perbicaraan kes tersebut akan disambung semula pada 26 hingga 29 September 2023.

 

Polis Sahkan Ebit Liew Di Siasat Atas Dakwaan Rogol

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button