Dasar Luar Negara Anwar Yang Membingungkan

Dasar Luar Negara Anwar Yang Membingungkan

Dasar Luar Negara Anwar Yang Membingungkan

Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dan berkecuali.

Dalam artikata lain, pendekatan yang telah diambil oleh Malaysia sejak merdeka adalah tidak akan menyebelahi mena-mana negara di dalam sesuatu konflik.

Sebagai sebuah negara membangun yang bersaiz kecil, adalah sangat penting Malaysia mengekalkan status quo sebagai negara berkecuali.



Ini boleh mengelakkan Malaysia dari terjerat dalam mana-mana konflik antarabangsa yang melibatkan kuasa besar dunia.

Peperangan antara Ukraine dan Rusia telah membuatkan kuasa besar dunia terbahagi kepada dua.

Satu pihak yang menyokong dan membantu Rusia, manakala satu lagi pihak menyokong dan membantu Ukraine.

Negara Eropah, Amerika Syarikat dan sekutu mereka seperti India adalah negara yang menyokong dan membantu Ukraine.



Manakala China, Korea Utara dan beberapa negara blok kominis seperti Korea Utara adalah negara yang menyokong dan membantu Rusia.

Perang Rusia dan Ukraine juga telah menyebabkan dunia mengalami krisis makanan dan sekiranya tidak ditangani dengan baik keadaan akan menjadi semakin buruk.

Keadaan kini menjadi semakin parah apabila ditengah kemelut ini, dunia pula mengalami perubahan cuaca (climate change) yang kritikal.

Dalam keadaan krisis begini, sebagai negara kecil, Malaysia sepatutnya bijak dalam menentukan dasar luar nagara.



Kita tidak mahu dianggap sebagai penyokong kepada satu blok dan menjadi seteru kepada blok lain yang bermusuhan.

Dasar Luar Yang Merugikan Negara

Dalam keghairahan Anwar untuk menarik pelaburan dari China, beliau sebenarnya telah meletakkan negara dalam krisis makanan.

Dalam masa 9 bulan Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, beliau sudah melakukan 2 lawatan ke negara China.

Ini telah menimbulkan kemarahan kepada musuh China, India.



Dan sebagai respon, India mengumumkan pemberhentian eksport beras putih.

Tetapi dalam masa yang sama, India juga mengumumkan akan meneruskan eksport beras putih ke nagara Singapura.

Ini telah memaksa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, terpaksa pergi merayu India supaya terus mengeksport beras putih ke Malaysia.

Persoalannya, mengapa Malaysia termasuk dalam negara yang diberhentikan eksport beras putih oleh India, tetapi tidak Singapura?



Kerana Malaysia sudah menunjukkan kemesraan kepada seteru India, China, tetapi Singapura kekal sebagai sekutu Amerika yang juga merupakan sekutu India.

Apa hasilnya lawatan sebanyak 2 kali Anwar ke China?

China bersetuju untuk menggandakan import minyak sawit Malaysia dari 250 ribu liter tan kepada 500 ribu liter tan setahun.

Adakah ini pencapaian yang besar?



Tidak, kerana di era DS Najib pada tahun 2017, China mengimport hampir 4 juta liter tan minyak sawit setahun dari Malaysia.

Tetapi ianya dimusnahkan oleh Dr Mahathir di era beliau menjadi perdana menteri kali kedua.

Dasar luar negara Anwar Ibrahim perlu lebih seimbang dengan semua kuasa besar di dunia.

Terlalu mesra dengan China, bukan sahaja akan membangkitkan kemarahan India, tetapi juga Amerika dan juga negara Eropah.

Janganlah ibarat untung secupak tetapi rugi segantang.

Dasar Luar Negara Anwar Yang Membingungkan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading