Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal

Sebaik sahaja Ketua Penerangan UMNO WP, Ghulam Muzaffar, membuat laporan SPRM terhadap Radzi Jidin, beliau ibarat cacing kepanasan.

Laporan dibuat untuk meminta SPRM menyiasat 2 dakwaan ke atas Radzi Jidin semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan.



Beliau didakwa terlibat dalam pemberian kontrak penyelenggaran sekolah serta pencetakan buku J-Qaf.

Beliau didakwa telah melantik seorang individu dengan kuasa yang istimewa sehingga mengenepikan peranan Pejabat Pendidikan Daerah dalam pemberian kontrak.

Secara serta merta Radzi Jidin mengeluarkan kenyataan bahawa segala dakwaan terhadap beliau adalah fitnah semata-mata.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tidak benar ahli UMNO tidak berpuas hati dengan Amizar

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal

Terdesaknya Radzi Jidin, sehingga sanggup mengheret isteri beliau sekali ke dalam isu tersebut.



Beliau dengan tegas mengatakan bahawa isteri beliau bukan kerabat diraja, tetapi adalah anak kepada seorang ulamak.

Penulis merasa pelik dengan tindakan tidak matang yang boleh disifatkan meroyan dari Radzi Jidin mengenai isu tersebut.

Bagi penulis mudah, sekiranya benar sebagaimana yang Radzi Jidin dakwa bahawa semua dakwaan itu adalah fitnah, buatlah laporan polis.

Saman fitnah kepada siapa yang membuat tuduhan tersebut.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal

Tunjukkan bukti bahawa kontrak percetakan J Qaf sudah melalui proses yang sepatutnya dan bukan seperti yang didakwa.

Perlu juga dibuktikan bahawa semua pemberian projek penyelenggaraan telah mengikuti syarat yang ditetapkan.



Lebih menarik lagi, secara tiba-tiba, Radzi Jidin membuat kenyataan bahawa isteri beliau bukan kerabat diraja.

Persoalannya, siapa pula yang ada mendakwa isteri beliau adalah kerabat diraja?

Yang ditularkan adalah peranan yang telah dimainkan oleh isteri beliau dalam pemberian kontrak kepada seorang kerabat diraja.

Jadi, buktikanlah bahawa apa yang telah ditularkan itu adalah tidak benar.



Tidak perlulah menggunakan status ayah mertua beliau sebagai ulamak untuk menegakkan benang yang basah.

Di akhir zaman ini, bukan kata anak ulamak, malah ada manusia yang merasakan diri mereka ulamak pun makan rasuah.

Bertabahlah, kerana Ketua Pesuruhjaya SPRM sudah menitipkan salam dan bertanya khabar.

 

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button