Peluang Perbicaraan Semula Kes SRC DS Najib

 

Peluang Perbicaraan Semula Kes SRC DS Najib

Peluang Perbicaraan Semula Kes SRC DS Najib

Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Penahanan Arbitrari (UNWGAD) dijangka membuat keputusan atasan petisyen DS Najib sebelum akhir tahun ini.

UNWGAD dikenali sebagai badan bergiat aktif dalam menegakkan hak asasi.

Perkara ini dinyatakan oleh ketua panel barisan peguambela DS Najib dalam kes SRC, TS Shafee Abdullah.



“Kes ini sedang dikaji di Geneva”.

“Saya harap tidak lama lagi, peguam negara melalui menteri luar akan dijemput untuk memberi pandangan mereka”.

“Mesti ada sesuatu pendapat awal”.

“Kemudian satu keputusan akan dibuat, ini akan dibuat sebelum akhir tahun ini”.



“Keputusan petisyen itu boleh dijadikan asas untuk memohon perbicaraan kali kedua bagi Najib membabitkan kes SRC International”.

“Kita patut yakin dengan sistem kita”.

“Tapi bila terpaksa minta (bantuan) dengan orang luar, itu sesuatu yang memalukan”.

“Ini bukan sesuatu yang sia-sia”.



“Kita boleh guna pendapat PBB di Geneva sebagai tapak untuk ‘review’ kali kedua kes Najib,” jelas Shafee Abdullah.

Sebagaimana yang DS Najib sendiri mahukan ialah keadilan di dalam perbicaraan kes SRC.

Beliau bukan meminta pengampunan hanya semata-mata untuk membebaskan diri beliau dari terkurung di penjara.

Sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar dan berprinsip, apa yang beliau mahukan adalah keadilan yang ditegakkan melalui prinsip Kedaulatan Undang Undang.



Biar proses perbicaraan mahkamah yang adil dan telus membuat keputusan.

Sama ada beliau benar-benar bersalah atau beliau selama ini dizalimi oleh musuh politik beliau.

Mendapatkan perbicaraan yang adil adalah hak beliau dan tidak ada siapa yang boleh menafikannya.

 



Peluang Perbicaraan Semula Kes SRC DS Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button