Penolong pengurus hotel didakwa cabul bekas pembaca berita
Penolong pengurus hotel didakwa cabul bekas pembaca berita
PETALING JAYA: Seorang penolong pengurus eksekutif sebuah hotel didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana mencabul rakan sekerja yang juga bekas pembaca berita, tiga bulan lalu.
Bagaimanapun, Mohd Faizal Hussain, 53, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
Mengikut pertuduhan, Mohd Faizal didapati menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 54 tahun dengan memegang tangan mangsa dengan tujuan mencabul di sebuah hotel di sini, jam 1 tengah hari, 13 Julai lalu.
Pendakwaan mengikut Sekyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua seksaan itu jika disabitkan kesalahan.
Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal, mencadangkan jaminan RM6,000 dikenakan terhadap tertuduh.
“Syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa yang juga rakan sekerja dan saksi pendakwaan,” katanya.
Namun, peguam bela Mohd Faizal, Nur Afiqah Mohd Ashriee, memohon anak guam diikat jamin RM1,500 atas alasan ada penyakit gout dan perlu menanggung ibu bapa, isteri tak bekerja serta tiga anak masih bersekolah.
“Tertuduh hadir ke balai polis sebelum ini untuk memberi keterangan dan kerjasama, saya percaya anak guam tiada risiko melarikan diri.
“Gaji tertuduh adalah RM9,000 (sebulan), namun akibat digantung kerja sejak minggu lalu, tertuduh hanya dibayar separuh daripada gaji itu. (Wang jaminan) perlu mengambil kira komitmen dan tanggungan tertuduh,” katanya.
Majistret kemudian membenarkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh dan syarat tambahan seperti dicadangkan pihak pendakwaan, selain menetapkan sebutan semula kes pada 20 November ini.
Penolong pengurus hotel didakwa cabul bekas pembaca berita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Layakkah Mas Ermieyati Terus Menjadi Pengerusi PAC
- Peluang Perbicaraan Semula Kes SRC DS Najib
- Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Apa Sebenarnya Yang Najib Mahukan, Pengampunan Atau Keadilan?