KP UMNO Berang Kerana Murid Duduk Atas Lantai Di Bilik Darjah

KP UMNO Berang Kerana Murid Duduk Atas Lantai Di Bilik Darjah

KP UMNO Berang Kerana Murid Duduk Atas Lantai Di Bilik Darjah

 

Ketua Pemuda UMNO yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, Dr Akmal Saleh adalah antara pemimpin muda yang sangat vokal dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Dari semakan penulis di akaun rasmi Facebook Dr Akmal, penulis dapati perjuangan beliau tidak hanya bertumpu kepada nasib bangsa Melayu.



Malah semua kaum yang berada di DUN Merlimau akan mendapat sentuhan dari beliau sebaik sahaja dimaklumkan.

Dr Akmal juga sering melakukan lawatan mengejut ke agensi kerajaan negeri untuk memastikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Sebelum ini beliau dikecam kerana menggerakkan boikot Pasaraya KK Mart dalam isu stoking yang disulam dengan kalimah Allah.

@acik.mantera



KP UMNO Berang Kerana Murid Duduk Atas Lantai Di Bilik Darjah

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Kini  Dr Akmal sekali lagi menjadi hero rakyat apabila membongkarkan isu murid sekolah yang duduk di atas lantai bilik darjah.

Menurut Dr Akmal, peruntukan untuk membekalkan meja dan kerusi di Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) sudah diberikan pada penghujung tahun lepas.



Beliau tidak faham mengapa selepas 5 bulan perolehan diterima oleh Jabatan Agama Islam Melaka, murid masih lagi terpaksa duduk di atas lantai bilik darjah.

“Nak ambil masa berapa bulan lagi, ini sudah bulan lima.”

“Kalau peruntukan tidak dapat lagi saya tahu la, ini sudah lama dapat.”

“Inilah saya kata masalahnya kita ambil sambil lewa.”



“Aduan daripada cikgu besar kita ambil sambil lewa.”

“Kita bagi orang ini buat.”

“Birokrasi banyak sangat.”

Ia cuba disanggah oleh seorang pegawai JAIM dengan memberikan pelbagai alasan.



Namun segala-galanya terbongkar apabila Dr Akmal menghubungi Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Salhah Salleh.

Sepanjang pengetahuan penulis, memang terdapat ramai kader parti Isley yang berada di dalam JAIM.

Kemungkinan terhadap apa yang dibongkarkan oleh Dr Akmal bagi penulis hanya dua.

Sama ada ianya disengajakan oleh kader parti Isley supaya rakyat marah kepada kerajaan Barisan Nasional Melaka atau berlaku ketirisan.



Mungkin SPRM sudah boleh mencari homestay berhampiran dengan pejabat JAIM.

 

KP UMNO Berang Kerana Murid Duduk Atas Lantai Di Bilik Darjah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button