BNM perjelas caj urus niaga guna DuitNow QR
BNM perjelas caj urus niaga guna DuitNow QR

BANK utama mengambil langkah sewajarnya dengan memberikan pengecualian fi urus niaga ke atas perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR, kata kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Penolong Gabenor BNM Suhaimi Ali dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata, bank berkenaan juga menguruskan lebih 80 peratus daripada perniagaan yang menerima pembayaran melalui DuitNow QR.
“Bagi individu pula, pelanggan kekal tidak dikenakan sebarang caj bagi pembayaran yang tidak melebihi RM5,000 melalui DuitNow QR. Ia adalah satu jumlah yang agak besar untuk urus niaga individu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pasar Kitar Cashless Langkawi di Kedah.
Beliau berkata, demikian bagi menjelaskan kegusaran yang timbul susulan pengenaan fi urus niaga untuk perkhidmatan DuitNow QR.
Suhaimi turut menasihatkan orang ramai untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan kewangan.
BNM meminta institusi perbankan untuk melaksanakan langkah tambahan untuk menyekat penipuan kewangan seperti peralihan daripada menggunakan kata laluan sekali sahaja atau lebih dikenali sebagai OTP yang berasaskan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kaedah yang lebih selamat apabila membuat pindahan wang secara dalam talian.
Menurutnya, Pusat Respons Scam Kebangsaan juga sudah ditubuhkan dengan talian hotline 997 berfungsi untuk menyelaras tindak balas pantas bagi membanteras penipuan kewangan.
BNM perjelas caj urus niaga guna DuitNow QR
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Islam Bukan Sekadar Pakaian Dan Ceramah
- Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?
- Mahkamah Amerika Serahkan Roger Ng Kepada Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :