Kenapa Perlu Ada Bayaran Tambahan Untuk Rangkaian 5G? Ini Kata Menteri
Kenapa Perlu Ada Bayaran Tambahan Untuk Rangkaian 5G? Ini Kata Menteri
Boleh dikatakan sekarang ni kebanyakan tempat tumpuan sudahpun boleh mengakses rangkaian 5G. Namun, korang perasan tak yang kita sebagai pengguna perlu membayar lebih untuk dapatkan 5G ni.
Hal ini sekaligus membuatkan ramai pengguna rasa tak puas hati kerana rangkaian sebelum ini diberikan secara automatik dan percuma kepada semua pengguna.
Memberikan respon yang cukup pantas, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyatakan kementeriannya akan berbincangan dengan syarikat telekomunikasi.
Kementerian turut sedang meneliti cadangan di mana syarikat telekomunikasi melaksanakan “opt-out” (iaitu tidak melanggan 5G), berbanding pelaksanaan “opt-in” pengguna perlu menyertai langganan 5g) yang dilaksanakan hari ini.
Fahmi turut berharap agar pengguna boleh menggunakan 5G tanpa caj tambahan, sama seperti ketika pengguna beralih untuk menggunakan 4G sekitar 10 tahun lepas.
Kredit: BERNAMA
Kenapa Perlu Ada Bayaran Tambahan Untuk Rangkaian 5G? Ini Kata Menteri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Islam Bukan Sekadar Pakaian Dan Ceramah
- Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?
- Mahkamah Amerika Serahkan Roger Ng Kepada Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :