Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.

 Oleh Adam Malik

Semalam tertular kisah bekas Menteri mengadap dan bertemu Datuk Seri Najib Razak dimahkamah.

Sama ada pertemuan telah dirancang atau secara tidak sengaja, apa yang pasti dapat dilhat adalah begitu ramai memberi respon yang negatif dan tidak menyukainya.



Paling ketara adalah respon dan komen komen dari penyokong DSNR sendiri terhadap pertemuan itu.

Bukan sahaja reaksi negatif dari ahli ahli dan penyokong bawahan DSNR menempelak individu Khairy Jamaluddin , bahkan ada juga dari kalangan atasan ahli UMNO yang berjawatan turut membuat hantaran perli dan menyindir bekas Menteri itu dalam hantaran di Medsos.

Ramai juga turut manasihati DSNR agar tidak terpedaya dengan sikap kepura-puraan Khairy.



Mungkin ada hal yang hendak dibincangkan dan mungkin sekadar pertemuan spontan namun yang amat jelas adalah kebencian orang ramai terhadap sikap Khairy itu.


Khairy antara individu yang kerap menghentam Persiden dan  Mantan Presiden UMNO.

Sama seperti Tan Sri Annuar Musa, ada sahaja yang Khairy akan kritik dan tembak kedalam parti.

Ramai kalangan ahli UMNO percaya ini dilakukan demi memuskan hati pihak tertentu yang memegang leher nya dari sebelah sana.



Selain itu ,Khairy juga sering cuba memikat pihak lawan walaupun beliau ahli UMNO.

Pada kempen PRU15 Khairy mengguna kaedah “jika benci Presiden UMNO , undi lah saya” namun bekiau tewas juga.

Pasa satu sesi Parlimen Ketika BN menjadi pembangkang, Ketika kesemua ahli MP UMNO keluar dewan Parlimen untuk protes dan bersolidariti , hanya Khairy dan seorang lagi sahaja tidak keluar dewan untuk menunjukan protes.



Begitulah antara sikap terkumpul Khairy yang sudah diketahui oleh ahli bawahan UMNO.

Sebagai konon nya orang terpelajar, Khairy antara paling awal mahu DSNR undur diri Ketika BN kalah pada PRU14.

Sedangkan semua orang tahu sifat DSNR dan sudah faham tanpa diberitahu pun tahu DSNR akan umum undur diri pada sesi pertama mesyuarat MKT.

Ini kerana  semua ahli UMNO faham sikap bertanggungjawap DSNR yang amat tinggi.



Tetapi , Khairy perlu beri kenytaan suruh undur semata mata hendak tunjuk kepada “Tuan” nya dia melaksanakan  tugas nya.

Ramai pihak marah kepada Khairy yang sentiasa vocal pergunakan sebuah Radio untuk luahkan  pendapat nya .

Mereka marah kerana Khairy amat selektif dalam memilih isu untuk diutarakan.

Satu waktu dahulu Khiry terlalu awal menyuruh ahli UMNO pinggirkan DSNR kerana kes 1MDB , namun beliau bersikap hipokrit apabila pemimpin pemimpin Parti BERSATU dikenakan dakwaan dakwaan rasuah dan penyelewengan melalui Skim Janawibawa yang mana terlalu banyak penyelewengn dapat dipunggah oleh Kerajaan Perpaduan.



Begitu juga dengan Kes Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy menyokong pihak pihak yang mahu DAZH berundur.

Namun sebaik sahaja Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin didapati menyelewengan , Khairy tidak pula desak suruh undur.

Paling menonjol apabila didapati bahawa Kedua kes DSNR dan kes DAZH sebenar nya sudah bertaraf “Tiada kes” dan “Tiada bukti” untuk diteruskan oleh 7 timbalan Pendakwa Raya dan 5 orang penyiasat melalui pembuktian Memo bocor pejabat Peguam Negara , namun ada pihak yang mungkin disogok meneruskan nya juga dengan sususan Pendakwaraya dan Hakim Pilihan.

Ini sangat mengejutkan semua ahli UMNO kerana Khairy yang begitu lantang dan vocal ambil sikap buat bodoh dan diam diri setara Syed Sadiq dalam hal seleweng ini.

Maka, tidak hairan lah begitu ramai tidak menyukai Khairy dan berasa sensitive apabila tular berita konon nya Khairy bertemu DSNR.

Rata rata memesan kepada DSNR agar menjauhi nya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button