Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

Desas-desus spekulasi mengenai krisis dalaman memberi gambaran BERSATU kini berpecah kepada 4 kem, benarkah spekulasi tersebut?



Semua tahu BERSATU kini berada dalam dilemma apabila Presiden dan beberapa individu di peringkat tertinggi kepimpinan menghadapi prosedur di Mahkamah.

Ini sekaligus menyebabkan mereka tergolong dalam ‘Kluster Mahkamah’.

Ibarat ‘sudah jatuh, ditimpa tangga’, BERSATU juga berdepan dengan pembekuan akaun parti oleh pihak Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan siasatan terhadap beberapa dana terkait dengan parti itu.

Memburukkan lagi keadaan, beberapa nama yang boleh dikategorikan sebagai ‘big gun’ dalam BERSATU mula berkira-kira untuk meninggalkan parti tersebut. Ini berikutan tindakan keluar parti oleh beberapa individu yang agak dikenali semua.



Berbalik kepada perpecahan 4 kem tersebut, ia dikaitkan dengan perebutan untuk jawatan tertinggi dalam parti.

MAHATHIR KEMBALI KEPADA BERSATU ATAU CUBA NASIB BERSAMA PAS?

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

 

Ada yang mahu semua yang berada dalam ‘Kluster Mahkamah’ diketepikan parti tetapi ada pula yang menentang. Ada juga yang sedang berusaha membawa balik bekas Perdana Menteri Ke-7 ke BERSATU namun usaha tersebut juga menerima tentangan.



Malah, dikatakan ada usaha untuk berkolobrasi dengan parti lain untuk menguatkan BERSATU bagi mengelakkan parti ditenggelami penguasaan PAS yang agak kuat selepas PRN 2023.

Tidak menolak kemungkinan akan menerima semula ahli BERSATU yang telah dipecat, ia dianggap sebagai strategi untuk mengelakkan perpecahan besar dari berlaku dalam parti.

KEWUJUDAN ‘4 KABILAH’ SUKARKAN PEMILIHAN SOKONGAN

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

‘4 Kabilah’ dalam BERSATU mempunyai senarai nama yang akan mereka caturkan sebagai proksi di semua peringkat parti agar memberi sokongan apabila diperlukan.



Namun demikian, ‘4 Kabilah’ ini dikatakan tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk memastikan kemenangan sekiranya bertanding merebut jawatan tinggi parti.

Operator pula meletakkan harga yang agak lumayan kerana sedar ‘4 kabilah’ semakin terdesak untuk sokongan dari ahli parti. Lebih-lebih lagi ada dakwaan PAS dipelawa untuk bersama bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Untuk memastikan PAS kekal bersama dalam Perikatan Nasional, sesuatu perlu dilakukan dengan segera. ‘Kluster Mahkamah’ perlu disingkirkan, wajah baru parti perlu ditampilkan untuk meyakinkan sekutu lain dalam PN.

ADA WANG PAS SAYANG, TIADA WANG PAS MELAYANG?

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?



Akhirnya kelak, ‘4 Kabilah’ akan sedar, kehadiran PAS dalam Perikatan Nasional hanyalah untuk mencapai kemahuan mereka semata-mata. 

Selepas mendapat jumlah kerusi di DUN dan Parlimen agak besar, BERSATU sudah tidak bermakna untuk ditunggangi lagi. Kini mereka (PAS) mempunyai ‘power to bargain’ dalam politik.

Menurut sumber dalaman BERSATU, dari ‘4 Kabilah’ yang sedang berebut kuasa dalam parti, satu kabilah telah berunding secara senyap-senyap dengan satu pihak dalam PAS untuk turut sama dan membantu menyokong dan dijanjikan pulangan baik dalam politik.

Sejauh mana dakwaan sumber dalaman tersebut tidak dapat dipastikan kerana maklumat begini biasanya sukar untuk dipercayai.



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button