2 ditahan bawa pisau, halang tugas polis ketika saingan JDT-Perak FC

2 ditahan bawa pisau, halang tugas polis ketika saingan JDT-Perak FC

2 ditahan bawa pisau, halang tugas polis ketika saingan JDT-Perak FC
– Foto hiasan

IPOH: Dua lelaki ditahan kerana membawa pisau dan menghalang tugas penjawat awam ketika perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, di sini, semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, sambil menafikan penahanan itu berkaitan dengan insiden membakar kain putih yang dilukis logo seakan bendera Israel.

“Mereka ditahan kerana membawa barang larangan iaitu pisau dan menghalang tugas penjawat awam,” katanya ringkas ketika dihubungi.



Ketika perlawanan yang memihak kepada JDT dengan kesudahan 4-1 itu, beberapa insiden berlaku termasuk tindakan penyokong yang membakar kain putih dilukis logo seakan bendera Israel selepas permainan tamat.

Keadaan bagaimanapun berjaya dikawal pasukan keselamatan.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin dilaporkan berkata, kawalan keselamatan di Stadium Perak akan diperketatkan bagi memastikan tiada insiden luar jangka tercetus dengan lebih 300 anggota polis akan membantu mengawal dan melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan keselamatan penyokong kedua-dua pasukan terjamin.

2 ditahan bawa pisau, halang tugas polis ketika saingan JDT-Perak FC


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Benarkah MY Airlines Bermaksud Muhyiddin Yasin Airlines?

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading