Benarkah MY Airlines Bermaksud Muhyiddin Yasin Airlines?

Benarkah MY Airlines Adalah Muhyiddin Yasin Airlines?
Gambar Sekadar Hiasan

Benarkah MY Airlines Bermaksud Muhyiddin Yasin Airlines?

Isu MYAirlines menggantung operasi penerbangan tambang murah semakin hangat diperkatakan oleh orang ramai.

Lebih-lebih lagi apabila terbongkar firma guaman Rosli Dahalan & Saravana yang diserbu oleh pihak SPRM adalah peguam kepada pengasas MYAirlines, Allan Goh.

Dan Allan Goh pula pernah dikenakan tindakan oleh pihak Bank Negara Malaysia atas kesalahan mengutip dana awam tanpa lesen.

Keadaan menjadi semakin panas apabila Muhyiddin secara tiba-tiba membuat kenyataan mengenai MYAirlines.



Muhyiddin mendakwa pihak yang cuba mengaitkan dirinya dengan MYAirlines adalah berniat jahat yang cuba memburukkan nama baik beliau.

Dan menurut Muhyiddin lagi, kelulusan lesen perkhidmatan penerbangan tambang murah kepada MYAirlines dibuat selepas beliau tidak lagi menjadi perdana menteri.

Tetapi mungkin Muhyiddin terlupa, ketika itu beliau adalah Pengerusi Majlis Pemulihan Negara yang bertaraf menteri.

Serta Menteri MITI yang memberikan kelulusan lesen kepada MYAirlines adalah menteri sama yang beliau lantik ketika beliau menjadi perdana menteri.



Mengenai firma guaman Rosli Dahalan & Saravana pula, Muhyiddin berkata siapa sahaja boleh mendapatkan khidmat guaman dari firma tersebut.

Mungkin secara kebetulan, semua kes Muhyiddin menggunakan Rosli Dahalan sebagai peguam.

Kini timbul pula spekulasi bahawa MYAirlines itu bermaksud Muhyiddin Yasin Airlines.

Sama ada ianya betul atau tidak, penulis masih lagi belum dapat memastikannya.



Cuma bila spekulasi tersebut bertiup kencang, penulis teringat kepada sebuah syarikat bas di Melaka satu ketika dahulu.

Syarikat bas tersebut didaftarkan atas nama MCW Ekspress.

Di mana maksud MCW Ekspress adalan Muhamad Che Wah Ekspress.

Muhamad Che Wah adalah pemilik sebenar kepada MCW Ekspress.



Mungkin maksud nama MCW Ekspress dan MYAirlines hanyalah kebetulan kerana ianya dimiliki oleh orang yang sama.

Tapi jangan samakan dengan my-tv.online yer sebab my-tv.online diperakui tidak ada kena mengena dengan Muhyiddin Yasin…😝😝😝

Tetapi ada asasnya dakwaan tersebut kerana amat diragui bagaimana Allan Goh boleh memiliki saham sehingga lebih 99.5% dalam MYAirlines.

Mungkinkah Allan Goh adalah proksi kepada pemilik sebenar MYAirlines?



 

Benarkah MY Airlines Bermaksud Muhyiddin Yasin Airlines?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button