Mana Suara MP UMNO Dalam Parlimen?

Mana Suara MP UMNO Dalam Parlimen?

Dalam persidangan Dewan Rakyat semalam, sekali lagi isu menantu Muhyiddin yang lari ke luar negara dibangkitkan.

Keadaan perbahasan di dalam Dewan Rakyat menjadi panas seketika apabila MP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, membangkitkan isu tersebut selepas diberikan kebenaran mencelah oleh Muhyiddin.

Ahli parlimen Arau, Shahidan Kassim, dengan segera bangkit membantah pertanyaan Khoo dengan mengatakan Khoo sebagai ‘bangsat’.

Kenyataan Khoo kemudiannya dibantah oleh ahli parlimen Jelutong, RSN Rayer.



Rayer meminta supaya Timbalan Speaker mengarahkan supaya Shahidan menarik balik perkataan bangsat.

Mana Suara MP UMNO Dalam Parlimen

Apa yang menarik perhatian penulis adalah di manakah perginya suara ahli parlimen dari UMNO.

Memang benar, dalam isu ini, ianya hanya membabitkan ahli parlimen Kota Melaka dari DAP dan ahli parlimen Pagoh dari PPBM.

Tetapi ini bukanlah kali pertama kita lihat ahli parlimen UMNO mengambil sikap berdiam diri dan bertindak sebagai pemerhati.



Malah, jelas dapat kita lihat, kerusi ahli parlimen UMNO kosong.

Bukan semua ahli parlimen adalah menteri.

Tidak sampai separuh ahli parlimen UMNO menjadi menteri dan tidak ada kawasan ahli parlimen UMNO kini mengalami kecemasan seperti banjir.

Jadi, di manakah mereka ketika perbahasan tentang Belanjawan 2024?

Nasihat penulis kepada ahli parlimen UMNO, tunaikan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat dengan sebaik-baiknya.

Sedarlah diri, memang UMNO adalah sebahagian dari kerajaan, tetapi kehadiran UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan adalah ibarat melukut di tepi gantang.

Janganlah sehingga rakyat meluat dan menolak UMNO secara total, baharu pemimpin UMNO mahu berubah.

Ketika itu sudah terlambat.

Jangan tunggu hingga sudah terantuk baru mahu tengadah.

 

Mana Suara MP UMNO Dalam Parlimen?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker