Ketepikan Ego, Kerajaan Mesti Kembali Kepada GST Untuk Selamatkan Negara

Ketepikan Ego, Kerajaan Mesti Kembali Kepada GST Untuk Selamatkan Negara

Ketepikan Ego, Kerajaan Mesti Kembali Kepada GST Untuk Selamatkan Negara

Dalam Belanjawan 2024 yang baharu dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, menjelaskan jumlah subsidi untuk 2024 terpaksa ditambah.

Pada tahun 2023, perbelanjaan untuk menampung pelbagai subsidi yang diberikan kerajaan adalah sebanyak RM64 bilion.

Tetapi untuk tahun 2024, perbelanjaan yang terpaksa kerajaan keluarkan untuk pelbagai subsidi meningkat kepada RM81 bilion.

Secara perbandingan, lebihan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi bagi tahun 2024 meningkat sebanyak RM17 bilion atau 26.5% berbanding 2023.



RM17 bilion atau 17 ribu juta ringgit bukanlah satu jumlah yang kecil.

Dalam keadaan kelembapan ekonomi dunia, adalah sangat penting untuk kerajaan mempunyai sumber pendapatan yang terjamin untuk menyerap tambahan perbelanjaan subsidi.

Oleh kerana itu, satu-satunya cara terbaik untuk kerajaan mendapat sumber pendapatan tambahan adalah kembali kepada sistem cukai GST.

Fakta membuktikan, dengan regim GST, kerajaan mendapat lebihan kutipan cukai sebanyak RM30 bilion setahun berbanding regim SST.



Ini adalah kerana, melalui regim GST, ketirisan pungutan cukai melalui ‘black economy’ dapat dibenteras sehingga 90%.

Ruang untuk para pengilang, pemborong dan peniaga yang tidak bertanggungjawab untuk mengelak dari membayar cukai dapat ditutup hampir sepenuhnya.

Tetapi melalui regim SST, ruang untuk mereka mengelak dari membayar cukai terbuka dengan luas.

Selain itu, regim GST juga dapat memberi jaminan tambahan pungutan cukai selaras dengan penambahan kek ekonomi negara.

Namun melalui SST, tidak ada jaminan ke atas penambahan kutipan cukai, walau pun peratusan yang dikenakan cukai dinaikkan.

Kerajaan Mesti Buat Pilihan Yang Betul

Mungkin akan ada kesan dari populariti politik sekiranya sistem cukai negara dikembalikan kepada regim GST.

Tetapi parti pemerintah mempunyai masa yang cukup untuk merasionalkan serangan dari pembangkang yang pasti akan mengambil kesempatan sekiranya GST dikembalikan.

Apa yang lebih penting, kerajaan sekarang berada di 2 persimpangan.

Sama ada kembali kepada regim GST untuk menyelamatkan negara tetapi menghadapi serangan dari musuh politik.

Atau kekal dengan SST yang akan memburukkan keadaan ekonomi negara, tetapi dapat mengekalkan populariti politik tanpa sebarang serangan.

Buatlah pilihan yang betul.

 

Ketepikan Ego, Kerajaan Mesti Kembali Kepada GST Untuk Selamatkan Negara

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker