Sama Ada PN Menang Atau Kalah Di PRK Kemaman, PAS Sudah Pun Kalah

Sama Ada PN Menang Atau Kalah Di PRK Kemaman, PAS Sudah Pun Kalah

Sama Ada PN Menang Atau Kalah Di PRK Kemaman, PAS Sudah Pun Kalah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu P040, pada 2 Disember depan.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 18 November, manakala hari pengundian awal (28 November).

PRK Kemaman diadakan berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili Pas pada 26 September lepas.



Calon PAS dalam Pilihanraya Umum 15, Che Alias menang majoriti 27,179 undi dengan memperoleh keseluruhan 65,714 undi.

Beliau menewaskan 3 calon lain dalam pertandingan 4 penjuru.

PAS dijangka akan mencalonkan semula Che Alias untuk mengekalkan penguasaan di parlimen Kemaman.

Sekiranya dilihat dari jumlah majoriti yang PAS perolehi dan penguasaan PAS dalam pilihanraya negeri Terengganu, tidak ada masalah untuk PAS mengekalkan kerusi parlimen Kemaman.



Juga sekiranya PAS menggantikan Che Alias dengan calon yang lain, di atas kertas, kemenangan tetap berpihak kepada PAS.

Tetapi dari sudut moralnya, PAS sebenarnya sudah pun kalah bukan sahaja di Kemaman, malah, di mata rakyat.

Sebelum ini, Mahkamah Pilihanraya Terengganu telah membatalkan kemenangan calon PAS, Ahmad Aizad di parlimen Kuala Terengganu dalam PRU 15.

Faktor pembatalan kemenangan calon PAS di Kuala Terengganu dan Kemaman adalah sama.



Kemenangan mereka telah diputuskan oleh mahkamah sebagai mempunyai kaitan dengan jenayah rasuah.

Bagaimana sebuah parti yang sebelum ini mendakwa mempunyai perjuangan yang berpaksikan Islam boleh mengamalkan rasuah untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya?

Apakah dakwaan PAS mengenai perjuangan yang berpaksikan Islam merupakan retorik politik semata-mata?

Tidak ada satu ulamak muktabar yang tersohor telah menghalalkan rasuah dalam apa keadaan sekali pun.



Dan tidak ada khilaf ulamak dalam menghukumkan jenayah rasuah adalah haram kerana ianya hukum yang sangat jelas.

Jadi pada pandangan penulis, sama ada PN menang atau kalah dalam PRK Kemaman, PAS sebenarnya sudah pun kalah.

 

Sama Ada PN Menang Atau Kalah Di PRK Kemaman, PAS Sudah Pun Kalah

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button