Muhyiddin: Jangan Cemarkan Nama Saya Dalam Isu MYAirlines

Muhyiddin: Jangan Cemarkan Nama Saya Dalam Isu MYAirlines

Muhyiddin: Jangan Cemarkan Nama Saya Dalam Isu MYAirlines

Muhyiddin mendakwa ada pihak tertentu cuba mencemarkan nama baik beliau dengan membuat tuduhan beliau terbabit dengan MYAirlines.

“Saya percaya ada pihak-pihak tertentu yang cuba mencemarkan nama baik saya dengan membuat tuduhan jahat kononnya saya terbabit dengan syarikat ini”.

“Hentikanlah politik murahan yang kotor ini”.



“Syarikat itu mendapat kelulusan bersyarat lesen perkhidmatan udara pada 22 Disember 2021, iaitu semasa saya tidak lagi menjadi perdana menteri”.

“Saya tidak mempunyai kaitan dengan MYAirlines atau mana-mana pemegang saham syarikat penerbangan tersebut,” dakwa Muhyiddin.

Manakala mengenai firma guaman Rosli Dahlan & Saravana (RDS) pula Muhyiddin berkata:

“RDS sebagai sebuah firma guaman berhak mewakili sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat guamannya”.



Memang benar, keputusan untuk meluluskan lesen MYAirlines telah dibuat pada Disember 2021 dan ketika itu Muhyiddin tidak lagi menjadi perdana menteri.

Tetapi proses kelulusan sudah pasti dibuat jauh lebih awal dari itu.

Amat mustahil proses kelulusan hanya mengambil masa satu atau dua hari sahaja.

Jadi, Muhyiddin mesti jelaskan juga, apakah dari tarikh permohonan lesen sehingga keputusan untuk meluluskannya juga berlaku selepas beliau dijatuhkan?



Apakah benar Muhyiddin tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses kelulusan tersebut?

Untuk rekod, Menteri MITI di era Muhyiddin dan juga di era Ismail Sabri adalah orang yang sama.

Apakah ianya juga tidak ada kaitan dengan Muhyiddin?

Mengenai firma guaman RDS, memang benar, siapa sahaja boleh menggunakan khidmat guaman firma tersebut.



Mugkin secara kebetulan, RDS banyak memberikan khidmat kepada Muhyiddin…😜😜😜

Apa pun, kita tunggu sehingga pihak polis dan SPRM selesaikan siasatan mereka.

Cuma penulis teringat, ketika di peringkat awal menantu Muhyiddin lari ke luar negara, Muhyiddin menafikan bahawa menantu kesayangan beliau lari ke luar negara.

Muhyiddin mendakwa tuduhan itu adalah fitnah yang jahat dan menjelaskan menantu beliau mempunyai urusan perniagaan di luar negara.



Penulis mahu bertanya, apakah hingga sekarang ‘urusan perniagaan’ menantu beliau masih lagi belum selesai?

Muhyiddin: Jangan Cemarkan Nama Saya Dalam Isu MYAirlines

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading