Tahniah Orang Kemaman, Bakal Dapat Ahli Parlimen Paling Tua Dalam Dunia

Tahniah Orang Kemaman, Bakal Dapat Ahli Parlimen Paling Tua Dalam Dunia

Tahniah Orang Kemaman, Bakal Dapat Ahli Parlimen Paling Tua Dalam Dunia

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, memberikan bayangan PAS akan mencalonkan Dr Mahathir dalam PRK Kemaman.

“Boleh jadi dia (Mahathir) boleh jadi orang lain”. 

“Belum putuskan lagi,” katanya ketika kepada pemberita ketika ditanya berkaitan spekulasi itu.



Menurut sumber yang dikatakan rapat dengan Dr Mahathir, rundingan berhubung perkara itu telah beberapa kali dibuat.

Namun belum ada kata putus dari pihak PAS, walau pun PAS dikatakan sudah memberikan respon yang positif berhubung perkara itu.

Takiyuddin berkata PAS akan mengumumkan calon mereka sebelum hari penamaan calon pada 18 November ini.

Segalanya akan terjawab apabila PAS secara rasmi mengumumkan siapakah calon mereka dalam PRK Kemaman.



Walau bagaimanapun, sekiranya Dr Mahathir dipilih sebagai calon PAS, penulis ingin mengucapkan tahnia kepada penduduk Kemaman.

Penduduk Kemaman bakal mencatatkan sejarah dunia apabila mempunyai ahli parlimen yang paling tua dalam dunia.

Dan sekiranya Dr Mahathir dapat menghabiskan penggal parlimen ke 15, ketika itu beliau sudah berusia 102 tahun.

Ini sudah pasti akan mencatatkan sejarah politik bukan sahaja di peringkat negara, tetapi di peringkat dunia.



Mungkin juga parlimen Kemaman akan divatatkan dalam ‘Guiness World Record’

Cuma penduduk Kemaman janganlah terlalu banyak memberi tekanan kepada Dr Mahathir.

Biarkan beliau berehat secukupnya selepas sah menjadi ahli parlimen Kemaman nanti.

Kalau Hadi Awang pun sering tidak hadir di parlimen, tidak ada salahnya Dr Mahatir hanya hadir ketika mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen sahaja.



Selepas itu, biarkan beliau berehat secukupnya.

Dan sekali lagi, tahniah kepada warga Kemaman.

 

Tahniah Orang Kemaman, Bakal Dapat Ahli Parlimen Paling Tua Dalam Dunia

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading