Apakah Agong Boleh Di Desak?

Apakah Agong Boleh Di Desak?

Apakah Agong Boleh Di Desak?

Isu pembebasan dan pengampunan mantan perdana menteri, DS Najib, terus menjadi tandatanya kepada banyak pihak, terutamanya penyokong beliau.

Pada pandangan penulis, pihak yang memperjuangkan keadilan DS Najib kini terbahagi kepada dua kumpulan.

Satu kumpulan yang secara berterusan mendesak supaya DS Najib diberikan pengampunan segera.



Manakala satu lagi pihak meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan UMNO agar berusaha supaya keadilan untuk DS Najib dapat dilaksanakan.

Matlamat kedua-dua pihak ini sama, tetapi yang membezakannya adalah cara bagaimana dapat direalisasikannya.

Kumpulan yang berterusan mendesak supaya DS Najib diberikan pengampunan segera berhujah, apa lagi yang hendak ditunggu.

Berapa lama lagi kita mahu biarkan DS Najib dianiaya dan dipenjarakan atas kesalahan yang beliau tidak lakukan?



Kecewa kerana desakan mereka tidak membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan, tuduhan dilemparkan kepada kepimpinan UMNO kononnya ibarat kacang melupakan kulit.

Bukan sedikit jasa dan sumbangan DS Najib kepada parti, tetapi bagi mereka kepimpinan parti tidak melakukan secukupnya untuk membebaskan DS Najib.

Bertindak Dengan Bijak

Mereka lupa, kuasa pengampunan ke atas DS Najib, bukannya terletak kepada kepimpinan parti UMNO.

Tetapi kuasa pengampunan ke atas DS Najib adalah prerogatif SPB YDP Agong.



Dan YDP Agong tidak boleh melakukannya secara wewenang, ada tatacara yang perlu baginda ikuti.

Kita kena ingat, tanggungjawab utama YDP Agong adalah untuk menjaga kredibiliti institusi Raja Raja Melayu supaya ianya sentiasa dihormati oleh rakyat.

Sekiranya baginda memberikan pengampunan tanpa tatacara yang betul, sudah tentu institusi Raja Raja Melayu akan terheret sama dalam masalah ini.

Rakyat akan mula mempertikaikan kredibiliti institusi Raja Raja Melayu.



Kita juga kena faham, negara kita tidak mengamalkan pemerintahan monarki mutlak.

Tetapi keberadaan institusi Raja Raja Melayu di dalam sistem pemerintahan negara adalah berdasarkan prinsip Raja Berpelembagaan.

Bersabarlah, penulis yakin, dalam keadaan UMNO yang semakin lemah, ekonomi negara yang semakin meruncing, kepimpinan parti dan negara sedar mereka memerlukan DS Najib.

Jangan kita bertindak ibarat tikus membaiki labu kerana yang akan menanggung akibatnya adalah DS Najib sendiri.



 

Apakah Agong Boleh Di Desak?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading