Skuad hoki mahu tawan Sukan Asia

Skuad hoki mahu tawan Sukan Asia

Skuad hoki mahu tawan Sukan Asia
ADAM ADLI (enam dari kanan) menyampaikan trofi kepada Marhan selepas skuad hoki negara menang Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan pada Majlis ASN 2022 di Subang Jaya kelmarin. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

SKUAD hoki lelaki kebangsaan mempunyai misi serampang dua mata apabila menjelang temasya Sukan Asia Hangzhou, China pada September ini apabila meletakkan impian untuk membutirkan pingat emas pada temasya empat tahun sekali itu.

Kapten negara, Muhamad Marhan Mohd. Jalil berkata, kemenangan di temasya Sukan Asia penting bagi mereka untuk memastikan tiket awal ke Sukan Olimpik Paris 2024 mampu dicapai.

“Hanya yang menang layak ke Sukan Olimpik. Jadi, kami perlu bekerja keras dan buat yang terbaik untuk memastikan kami muncul juara.



“Sasaran utama adalah untuk menjadi juara saja, kami tidak pergi untuk menang perak atau gangsa, kami pergi hanya untuk menang emas,” katanya selepas skuad hoki negara muncul pene­rima Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan menerusi penca­paian muncul juara Piala Sultan Azlan Shah serta naib juara Piala Asia.

Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim pada Majlis Angerah Sukan Negara (ASN) 2022 di Subang Jaya kelmarin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Semakin Sukar Apabila Sanusi Di Heret Ke Mahkamah




Bagaimanapun, Marhan me­ngakui di Hangzhou nanti mereka akan berdepan tentangan hebat terutama pasukan gergasi Asia, India untuk merebut gelaran juara di bumi China itu.

“Kalau kita lihat sekarang, India antara yang kuat, mereka bermain dalam perlawanan berintensiti tinggi dalam saingan Pro League.

“Jadi, kami perlu membuat analisis bagi membaca permainan pihak lawan. Pada masa sama, kami perlu memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kekuatan kami supaya dapat menewaskan pencabar kami,” katanya.

Sebagai persiapan menghadapi Sukan Asia, skuad hoki negara akan menyertai saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Chennai, India dari 3 hingga 12 Ogos ini.



“Sasaran kami di Trofi Juara-Juara Asia juga adalah untuk menang kerana setiap perlawanan menawarkan mata untuk ranking dunia. Jadi, kami tidak boleh sia-siakan peluang untuk mengutip mata begitu saja,” kata Marhan.

Skuad hoki mahu tawan Sukan Asia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perikatan Nasional jangan putar belit isu Sanusi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button