Hamas lancar 8 roket ke Tel Aviv

Oleh – Syeikh Baran


Hamas lancar 8 roket ke Tel Aviv
HAMAS melancarkan lapan roket ke Tel Aviv hari ini. – Foto AFP

Sayap bersenjata  Hamas menyatakan sekurang-kurangnya lapan roket dilancarkan ke pusat komersial di Tel Aviv, Israel hari ini.

Menurut Briged Ezzedine al-Qassam, serangan itu sebagai tindak balas terhadap tindakan tentera Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.



Kenyataan itu dibuat menerusi platform Telegram.

Serangan itu adalah yang kali pertama dilancarkan ke Tel Aviv dalam tempoh  empat bulan.

Bagaimanapun, tentera Israel menyatakan ia berjaya memintas roket itu. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button