Puteri Sarah Tak Sedar Demam Sebab Sibuk Bekerja
5 Hari Kurang Sihat Sampai Masuk Hospital
Puteri Sarah Tak Sedar Demam Sebab Sibuk Bekerja
‘Periksa darah tak ada apa-apa..’
Menerusi perkongsian di Instagram, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, badannya terasa penat dan lemau selama lima hari berturut-turut. Namun disebabnya terlalu bersemangat untuk bekerja sehinggakan Sarah tidak sedar bahawa dia ketika itu sedang demam.
Badan rasa panas/sejuk sangat tapi tak rasa. Cuma rasa penat sangat. Badan lemau tapi sebab semangat kerja kuat, tak rasa langsung sebenarnya.
Sehingalah pada malam Sabtu (semalam), Sarah ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan disebabkan suhu badannya tinggi sehingga mencecah 40ºC, Sarah dimasukkan ke kecemasan.
Saya beritahu rasa macam nak demam. Lepas tu, doktor periksa dan dia kata Sarah bukan rasa nak tapi demam dah demam pun. Masuk kecemasan, cepat-cepat drip paracetamol dan Vitamin C.
Badan terlalu lemah, tak boleh nak berdiri dah. Rasa nak pengsan. Tanpa sedar terus tertidur. Alhamdulillah, periksa darah tak ada apa-apa.
Dalam kesempatan itu, Sarah sempat menasihati orang ramai supaya membuat pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera sekiranya mendapati badan kurang sihat.
Sumber: Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah Tak Sedar Demam Sebab Sibuk Bekerja
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sunnah Siapa Yang Hadi Awang Bawa, Sunnah Rasulullah Atau Sunnah Syiah?
- Benarkah Penjawat Awam Di Kuasai Kartel Beras?
- Isu 1MDB datang menghantui Muhyiddin, Rosli dan Zafrul.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :