Dunia perlu lipat ganda usaha bantu Gaza – Agensi PBB

Dunia perlu lipat ganda usaha bantu Gaza – Agensi PBB

Dunia perlu lipat ganda usaha bantu Gaza - Agensi PBB
RAKYAT Palestin duduk atas runtuhan bangunan selepas serangan rejim Israel. FOTO AFP

Ramallah (Palestin): Sebanyak lima agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa dunia melipatgandakan usaha untuk membantu Gaza berikutan krisis kemanusiaan yang membelenggu wilayah itu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Program Pembangunan PBB (UNDP), UN Population Fund (UNFPA), Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Program Makanan Sedunia (WFP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Konvoi kemanusiaan memasuki Gaza pada Sabtu melalui sempadan Rafah – kali pertama sejak serangan Israel di wilayah itu bermula dua minggu lalu.



Sebanyak 20 trak membawa barangan bantuan kemanusiaan dari PBB dan Bulan Sabit Merah Mesir, termasuk makanan dalam tin, pasta, air minuman dan bekalan perubatan. Beratus-ratus lagi trak masih berada di sempadan.

Menurut agensi berkenaan penghantaran pertama meskipun terhad namun serba sedikit dapat meringankan penderitaan, terutama wanita dan kanak-kanak yang terputus bekalan air, makanan, ubat, bahan api dan keperluan lain.

Agensi PBB itu menggesa gencatan senjata dan akses kemanusiaan tanpa had di seluruh Gaza bagi membolehkan petugas menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Aliran bantuan kemanusiaan harus berskala besar dan berterusan.



“Kami menyeru petugas kemanusiaan di Gaza dilindungi dan semua pihak menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata agensi itu.

Dunia perlu lipat ganda usaha bantu Gaza – Agensi PBB


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

13 Mei 1969: Penipuan Terbesar Tuan Ibrahim Tuan Man



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button