13 Mei 1969: Penipuan Terbesar Tuan Ibrahim Tuan Man

13 Mei 1969: Penipuan Terbesar Tuan Ibrahim Tuan Man

13 Mei 1969: Penipuan Terbesar Tuan Ibrahim Tuan Man

Mantan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli, mengakui PAS silap dalam menafsirkan sokongan bukan Melayu ke atas parti tersebut.

Menurut Fadhli, PAS sebelum ini yakin sudah mendapat sokongan bukan Melayu.

Ianya berdasarkan undi bukan Melayu yang mereka perolehi ketika era Pakatan Rakyat.



Namun realitinya, sokongan bukan Melayu kepada calon PAS ketika itu adalah kepada DAP dan bukannya PAS.

Dalam Muktamar PAS ke 69 yang sama, Presiden PAS, Hadi Awang, juga mengakui kegagalan PAS dalam mendapatkan sokongan bukan Melayu.

Hadi menggesa agar PAS segera melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan tersebut.

Dari kenyataan kedua-dua pemimpin PAS tersebut, ternyata kini PAS sedang memberikan fokus untuk merebut sokongan bukan Melayu dari DAP.



Usaha pertama yang PAS lakukan adalah melalui penipuan fakta sejarah Tragedi 13 Mei 1969.

Dan ianya dilakukan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam muktamar yang sama, Tuan Ibrahim mendakwa kononnya masyarakat Cina berlindung di rumah presiden PAS ketika berlakunya tragedi tersebut.

Penulis faham, tujuan Tuan Ibrahim berkata begitu adalah untuk menarik keyakinan masyarakat bukan Melayu terhadap PAS.



Tetapi, apakah benar dakwaan Tuan Ibrahim itu?

Harakah Daily melapurkan, ketika berucap di Jamuan Sempena Tahun Baharu Cina 2018, Hadi berkata tidak berlku rusuhan kaum di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah ketika 13 Mei.

Perkara yang sama juga dicatatkan dalam akaun Facebook VAT 69.

Sikap Tuan Ibrahim sebagai pemimpin kedua parti yang kononnya berjenamakan Islam itu sangat dikesali.



Kalau pun terdesak untuk menarik sokongan bukan Melayu, janganlah sampai ke tahap menipu dan memutarbelitkan fakta sejarah.

Ini adalah satu penipuan yang sangat serius.

Memang benar, dalam keadaan darurat kerana mahu menyelamatkan nyawa, Islam membenarkan pembohongan.

Tetapi dalam keadaan mahu mendapatkan sokongan, Islam tidak membenarkan pembohongan dilakukan atas alasan apa sekali pun.



Yang menghalalkan penipuan kerana mahu mendapatkan sokongan adalah parti PAS yang menunggang Islam!!!

13 Mei 1969: Penipuan Terbesar Tuan Ibrahim Tuan Man

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading