Krisis dalaman BERSATU, ada yang bakal tinggalkan parti

Oleh – Bakhtiar Omar


Krisis dalaman BERSATU, ada yang bakal tinggalkan parti

 



 

 

BERSATU atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia dikatakan sedang melalui fasa krisis dalaman paling teruk sejak 2020. Bukan sahaja perpecahan menjelang pemilihan, malah kali ini ada ura-ura ahli Parlimen bakal tinggalkan parti.

Mengulangi kisah ‘Lebai Malang’, BERSATU kini dalam Dilemma apabila terdapat pemimpin tertinggi mereka tergolong dalam ‘Kluster Mahkamah’.



Memburukkan lagi keadaan, sekutu kuat dalam Perikatan Nasional, PAS (Parti Islam Se-Malaysia) dikatakan sedang berusaha ‘memancing’ Tun Mahathir untuk menyertai PAS. Mana tahu ‘untung sabut’, Mahathir akan membantu kewangan PAS di masa hadapan.

Gerakan oleh PAS yang membawa Mahathir turun berkempen di Pelangai, sebenarnya tidak disenangi BERSATU. Cuma, untuk menjaga keharmonian dalam Perikatan Nasional, segalanya ditelan seolah tidak berlaku apa-apa.

KEJUTAN HADIR MUKTAMAR PAS BUAT BERSATU ‘TERSANDAR’

Krisis dalaman BERSATU, ada yang bakal tinggalkan parti

Terbaru, Mahathir dijemput menyertai Muktamar PAS dan ini merupakan kejutan buat BERSATU. Mengapa secara tiba-tiba Mahathir muncul diatas pentas tertinggi PAS? Penampilan beliau telah mencetus polemik PAS akan mencalonkan Mahathir di PRK Kemaman kelak.



Walaupun nampak seperti teori tidak masuk akal, perkara mustahil boleh berlaku. Apatah lagi Mahathir dicadangkan untuk menjadi Penasihat Ekonomi bagi negeri-negeri di bawah penguasaan PAS, dikenali sebagai SG4.

Sementara itu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui secara tidak langsung, seorang ahli Parlimen BERSATU sudah tidak bersama parti kerana mengalihkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Namun demikian, ada desas-desus menyatakan akan ada lagi ahli Parlimen BERSATU mengalihkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan tetapi tidak meninggalkan parti berikutan adanya Akta Anti Lompat Parti.

Dalam satu keratan video, jelas riak keresahan di wajah Muhyiddin apabila di tanya berkaitan peralihan sokongan kalangan ahli Parlimen BERSATU.



Cuba untuk menutupi keresahan, Muhyiddin sinis mempersoalkan siapa dan mengapa bilangan yang digembar-gemburkan itu sedikit. Malah, Muhyiddin mengakui telah memanggil semua 31 ahli Parlimen BERSATU, namun yang hadir hanya 30, siapakah seorang lagi yang tidak hadir?

 

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button