Orang mati setiap hari, setiap saat
Orang mati setiap hari, setiap saat
Gaza: “Orang mati setiap hari, setiap saat.” Demikian kata kanak-kanak warga Amerika Syarikat (AS), Aden, 10, mengenai keadaan di Gaza sepanjang 15 hari selepas peperangan tercetus sejak 7 Oktober lalu, lapor Agensi Anadolu.
Aden antara warga asing yang cuba meninggalkan Gaza melalui sempadan Rafah selepas Israel membuat pengepungan menyeluruh di wilayah Palestin itu.
Menceritakan nasibnya, Aden berkata, serangan Israel mendarat hanya beberapa meter dari lokasi diri dan keluarganya ketika menunggu di Rafah dalam usaha mereka untuk meninggalkan Gaza.
“Apa yang saya lihat di Gaza, saya tidak pernah melihatnya sebelum ini.
“Ia menakutkan. Bunyinya, ia kuat, dan kereta bergegar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sunnah Siapa Yang Hadi Awang Bawa, Sunnah Rasulullah Atau Sunnah Syiah?
- Benarkah Penjawat Awam Di Kuasai Kartel Beras?
- Isu 1MDB datang menghantui Muhyiddin, Rosli dan Zafrul.
“Saya sedih melihat bayi yang mati dan cedera. Ia benar-benar menyedihkan,” katanya ketika ditemu bual Agensi Anadolu, semalam.
Aden turut berkongsi bahawa serangan Israel baru-baru ini ke atas sebuah gereja dan hospital di mana tempat ratusan orang berlindung.
Selain Aden, puluhan rakyat negara asing dilihat berkumpul berhampiran sempadan Rafah, semalam, dalam usaha mereka untuk meninggalkan Gaza.
“Semua jalan dan rumah dibom. Ia menyedihkan apatah lagi melihat orang mati di rumah-rumah itu. Kadang-kadang, mereka (Israel) tidak memberitahu (penduduk), jika rumah mereka akan dibom,” katanya lagi.
Sementara itu, warga Sweden, Mahmoud Abu Salim berkata, dia tidur di atas tanah bersama anak perempuannya di hadapan persimpangan Rafah dengan harapan dapat melepasi pintu sempadan itu.
“Anak perempuan saya mengalami masalah psikologi akibat pengeboman berterusan Israel yang sentiasa kedengaran.
“Gaza adalah indah. Pengeboman Israel memusnahkan sekolah, bangunan, dan segala-galanya,” katanya.
Menurutnya, dia sudah menghubungi kedutaan negaranya dan pihak Mesir untuk meninggalkan Gaza.
Seorang lagi warga AS, Dina Al-Says, 37, berkata, dia cuba menyeberangi sempadan selama beberapa hari dan berharap ia akan dibuka supaya dia dan keluarganya boleh keluar dari Gaza.
Orang mati setiap hari, setiap saat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sandiwara PAS Dalam Isu Palestin
- Sunnah Siapa Yang Hadi Awang Bawa, Sunnah Rasulullah Atau Sunnah Syiah?
- Benarkah Penjawat Awam Di Kuasai Kartel Beras?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :