Pemimpin PAS Hidup Mewah Tapi Hutang Tidak Di Bayar

Pemimpin PAS Hidup Mewah Tapi Hutang Tidak Di Bayar

Pemimpin PAS Hidup Mewah Tapi Hutang Tidak Di Bayar

Dalam PRU 15, PAS antara parti politik yang dilihat membelanjakan jutaan ringgit untuk kempen pilihanraya.

Malah tidak dapat dinafikan, ada antara beberapa pemimpin PAS sekarang ini dilihat hidup dalam kemewahan.

Di sebalik kemewahan pemimpin PAS dan jutaan ringgit yang dibelanjakan untuk kempen pilihanraya, tersembunyi sikap sebenar pemimpin PAS yang mendakwa berjuang berlandaskan hukum syarak.



Tidak tahan dengan sikap pemimpin PAS, pengurus N.A.J. Press Resources (M) Sdn Bhd, Hussin Jan, mendedahkan sikap liat pemimpin PAS untuk membayar hutang.

Beliau menyatakan rasa geram melihat sikap pemimpin PAS yang didakwa bermewah-mewah namun liat untuk membayar hutang Harakah

“Mereka pakai kereta mewah, boleh buat Muktamar di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam”.

“Bayarannya sudah tentu mencecah puluhan ribu ringgit”.



“Tetapi soal hutang mereka tak ambil berat untuk diselesaikan”.

“Sudah hampir tujuh tahun hutang tertunggak tak dibayar sepenuhnya,” dedah Husin Jan.

Keengganan PAS Membayar Hutang Membuatkan Usahawan Islam Muflis

Hutang Harakah membabitkan dua syarikat iaitu Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd (Angkatan Edaran) dan N.A.J. Press Resources (M) Sdn Bhd.

Lidah rasmi PAS, Harakah, masih berhutang dengan N.A.J. Resources lebih RM600,000.



Manakala hutang Harakah dengan Angkatan Edaran yang telah muflis lebih banyak hingga mencecah nilai jutaan ringgit.

Hussin berkata PAS dan Harakah enggan membayar hutangnya dengan Angkatan Edaran atas alasan syarikat itu telah pun muflis.

Menurutnya, syarikat tersebut menanggung beban hutang dengan pembekal kerana Harakah tidak mahu menjelaskan hutangnya.

Isu hutang PAS ini bukanlah satu isu yang baharu.



Pada bulan Ogos 2018, Malaysiakini pernah mendedahkan isu tersebut dalam lapuran yang bertajuk Pencetak Masih Harap Harakah Lunaskan Hutang.

Adakah pemimpin PAS tidak tahu apa hukumnya bagi orang Islam yang sengaja tidak mahu membayar hutang mereka?

Atau selama ini mereka tidak pernah dengar kisah bagaimana Rasulullah SAW enggan menyembahyangkan jenazah orang yang berhutang?

Tidak layak pemimpin PAS bercakap tentang memperjuangkan Islam, sekiranya hutang yang ditanggung bertahun-tahun tidak dibayar.



Lebih zalim lagi, akibat dari hutang tersebut, telah menyebabkan saudara sesama Islam diisytihar muflis!!!

 

Pemimpin PAS Hidup Mewah Tapi Hutang Tidak Di Bayar

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button