Antara Kecaknaan Pemimpin Dan Kebencian Penyokong

Antara Kecaknaan Pemimpin Dan Kebencian Penyokong

Antara Kecaknaan Pemimpin Dan Kebencian Penyokong

Orang tua berpesan kepada kita, bagaimana acuan, maka begitulah juga kuihnya.

Kalau hendak tahu bagaimana pasangan ibubapa mendidik akhlak anak-anaknya, maka lihatlah kepada akhlak anaknya.

Begitu juga dengan kepimpinan sesebuah parti politik.



Jika kita hendak melihat sama ada seseorang pemimpin itu berakhlak atau tidak, lihat sahaja kepada tingkah laku penyokongnya.

Kita dikejutkan dengan berita Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, diserang sakit jantung.

Penulis bukanlah penyokong, apa lagi penyokong tegar kepada Rafizi Ramli.

Tetapi bagi penulis, secelupar mana pun mulut Rafizi, beliau tetap beragama Islam.



Berimankan Allah dan Rasul yang sama, menghadap ke arah kiblat yang sama serta mengucapkan kalimah syahadah yang sama.

Sebagai saudara seagama, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendoakan agar Allah SWT berikan kesembuhan kepada beliau.

Tetapi penulis agak terkejut apabila melihat segelintir penyokong dan ahli PAS bertindak sebaliknya.

Antara komen yang dapat penulis baca di laman media sosial, sangat dikesali:



“Dah mampus ker dia?’.

“Manusai macam Rafizi ni, mampus lagi baik”.

“Kebumi kat mana, tak sabar nak hadir funeral ‘sotong’ tu”.

Beginikah akhlak ahli dan penyokong parti yang mendakwa berjuang mengikut syariat Islam?



Pernahkah Rasulullah SAW mengajar kita supaya merasa gembira atas musibah atau dugaan yang menimpa saudara seagama kita?

Lebih dikesali, tidak ada walau seorang pun pemimpin PAS yang menegur ahli dan penyokong mereka.

Mengapa?

Adakah pemimpin PAS semamangnya menyemai perasaan benci kepada ahli dan penyokong mereka ke atas musuh politik?



Ingat, dalam politik, kita cuma berbeza ideologi, bukannya berbeza akidah.

 

Antara Kecaknaan Pemimpin Dan Kebencian Penyokong

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button