Sudah Sampai Masanya Ahli PAS Tuntut Janji Pemimpin Utama Mereka

Sudah Sampai Masanya Ahli PAS Tuntut Janji Pemimpin Utama Mereka

Sudah Sampai Masanya Ahli PAS Tuntut Janji Pemimpin Utama Mereka

Sama ada sebelum atau selepas PRU 15, ahli dan penyokong PAS seringkali didendangkan dengan cerita PAS akan berjaya membentuk kerajaan pusat.

Pemimpin utama PAS bersungguh-sungguh meyakinkan ahli dan penyokong mereka.

Mereka berkata sebenarnya kuasa sudah berada dalam genggaman mereka.

Cuma memerlukan sedikit kesabaran untuk melihatnya menjadi realiti.



Walau pun sedar, hanya dengan 43 kerusi yang mereka menangi dan 30 kerusi yang PPBM miliki, tidak mungkin PN dapat berkuasa di Putrajaya.

Untuk menutup penipuan itu, dijanjikan pula peralihan kuasa akan berlaku selepas PRN 6 negeri.

Realitinya, PRN 6 negeri tidak ada kaitan dengan perubahan kerajaan di pusat.

Tetapi mereka tetap memperbodohkan ahli dan penyokong mereka dengan memberikan harapan palsu.



Untuk menambah keyakinan, dijanjikan pula peralihan kuasa pusat pasti berlaku selewat-lewatnya bulan Ogos yang lepas.

Tidak hairanlah, ada ahli PAS yang fanatik, sanggup melafazskan taklik menceraikan isteri dengan talak 3 sekiranya Kerajaan Perpaduan masih wujud selepas Ogos.

Bulan Ogos berlalu tetapi Kerajaan Pusat masih teguh.

Kemudian untuk menutup penipuan, dicipta pula penipuan yang baharu ketika menjelang PRK.



Kononnya sekiranya PAS menang di PRK Simpang Jeram dan Pulai, PAS akan kembali ke Putrajaya.

PAS sebenarnya sedar, mereka tidak ada harapan di PRK Simpang Jeram dan Pulai.

Tetapi kerana ego, mereka tetap memperbodohkan ahli dan penyokong mereka dengan janji palsu.

Tewas di Simpang Pulai dan Jeram, janji yang sama diberikan apabila menjelang PRK Pelangai.



Kononnya kerajaan negeri akan dapat ditumbangkan sekiranya PAS menang di PRK Pelangai.

Malah Tuan Ibrahim disebut-sebut sebagai Menteri Besar Pahang yang baharu.

Realitinya, walau pun sekiranya PAS menang di Pelangai, kerajaan negeri masih lagi kukuh, kerana PAS tidak mempunyai kerusi yang cukup.

Muktamar PAS Menimbulkan Panik Di Kalangan Pemimpin PAS

Kehadiran Muktamar PAS ke 69, telah menimbulkan panik di kalangan pemimpin utama mereka.



Mereka sedar, akan berlakunya penolakan dari ahli kerana sudah mula bosan ditipu berkali-kali.

Lalu diumumkan 5 jawatan tertinggi PAS tidak akan dipertandingkan.

Ini jelas apabila dalam ucapan Hadi di muktamar tersebut, beliau mengarahkan ahli supaya taat kepada arahan parti tanpa berbelah bagi.

Begitulah hipokritnya pemimpin PAS.



Ketika UMNO umumkan tidak ada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden, pemimpin PAS mengecam.

Tetapi mereka sendiri kerana takut kehilangan jawatan, tidak mempertandingkan 5 jawatan teratas parti.

Maka terselamatlah Hadi dan konco-konconya dari tersingkir dari kepimpinan utama parti.

Kepada ahli dan penyokong PAS, penulis mahu bertanya.

Sampai bilakah mereka mahu terus diperbodohkan oleh Hadi dn konco-konconya?

Tidakkah mereka terfikir, kini sudah sampai masanya Hadi dan konco-konconya tunaikan janji yang mereka sendiri berikan.

 

Sudah Sampai Masanya Ahli PAS Tuntut Janji Pemimpin Utama Mereka

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading