Hadi Awang Menipu Atau Tuan Ibrahim Putar Belitkan Fakta?

Hadi Awang Menipu Atau Tuan Ibrahim Putar Belitkan Fakta

Hadi Awang Menipu Atau Tuan Ibrahim Putar Belitkan Fakta?

Sebelum ini, kerana hendak memikat hati pengundi bukan Melayu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim mendakwa semasa 13 Mei, ada orang Cina berlindung di rumah Hadi.

Banyak pihak mempertikaikan kesahihan kenyataan Tuan Ibrahim tersebut.

Kerana mengikut fakta, semasa Tragedi 13 Mei 1969, negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu tidak berlaku rusuhan kaum.



Perkara ini pernah disahkan sendiri oleh Hadi.

Terperangkap dengan dakwaan yang tidak tepat faktanya, Tuan Ibrhim tampil memohon maaf.

Menurut Tuan Ibrahim, fakta yang betul adalah, ketika berlaku Tragedi 13 Mei, orang Cina sebenarnya berlindung di rumah datuk Hadi.

Agak menghairankan juga, sekiranya di pantai timur aman, maka apa keperluan masyarakat Cina berlindung di rumah Hadi?



Tetapi apa yang menarik perhatian penulis adalah, dalam kenyataan meminta maaf tersebut, Tuan Ibrahim mengakui maklumat tersebut diterima dari Hadi sendiri.

Siapa menipu siapa yang sebenarnya?

Adakah Hadi menipu Tuan Ibrahim atau Tuan Ibrahim yang menipu wartawan dan perwakilan Muktamar PAS ke 69?

Kalau Hadi yang menipu Tuan Ibrahim, sangat menjengkelkan sikap Hadi.



Sanggup untuk memutarbelitkan fakta sejarah semata-mata kerana mahu meraih populariti politik murahan.

Dan sebagai orang yang terpelajar, adakah Tuan Ibrahim seorang yang buta sejarah?

Tidak tahu sebenarnya tidak berlaku rusuhan kaum di negeri pantai timur ketika berlakunya Tragedi 13 Mei 1969.

Atau sebenarnya kedua-dua mereka sama-sama menipu.



Ibarat kata pepatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Kalau untung sabut, mungkin dapat menarik sokongan masyarakat Cina.

Tapi kalau untung batu, tarik balik kenyataan dan minta maaf.

Lebai oh lebai…



 

Hadi Awang Menipu Atau Tuan Ibrahim Putar Belitkan Fakta?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button