Kisah vaksin dan perbelanjaan Ketika darurat Kerajaan Muhyiddin mula hangat Kembali.

 

Oleh Adam Malik

Benar juga telahan setengah pihak bahawa alasan kerajaan Muhyiddin Yassin mengujudkan tempoh darurat terpanjang dalam dunia Ketika musim Covid-19 ada muslihatnya.



Kini hampir semua jawapan kepada hal ini sudah mula muncul.

Beberapa hari lalu sebuah akhbar online melaporkan banyak kertirisan telah berlaku dari laporan PAC terhadap pembelian vaksin.

Hasil dapatan PAC  ini sama juga dengan laporan Pejabat Audit Negara berkenaan banyak ketirisan jumlah dan wang dari perbelanjaan musm darurat.



Pembelian yang banyak  dan ‘overpriced’ tidak dapat dijawap oleh mereka mereka yang terbabit.

Kini semua pihak sudah tahu kenapa Muhyiddin Yassin mahu menutup Parlimen .

Ia ada lah untuk menyelamatkan kedudukan dirinya sebagai Perdana Menteri.

Selain itu, dengan menutup Parlimen dan megistiyarkan ‘Darurat” maka Kerajaan Ketika itu boleh melindung diiri dari menjawap kepada Parlimen dan berlindung dibelakang akta.



Hasil nya, semua ketirisan dan penyelewengan tidak perlu dijawap.

Sorang pemimpin  tertinggi Parti Cinta Malaysia , Datuk Huan Cheng Guan turut juga mempersoalkan pembelian vaksin dan betapa kerugian Kerajaan kerana kecuaian.

Beliau menuntut penjelasan dari pihak yang bertanggungjawap pada entri di laman facebooknya.

 



 

Ramai juga netizen menyuarakan agar individu seperti Khairy Jamaluddin memberi sedikit penjelasan terhadap isu berbangkit memandangkan Khairy ada lah Menteri terbabit diera itu.

Adakah musim Covid dan darurat dijadikan waktu untuk Kerajaan Muhyiddin Yassin membuat pelbagai kerja tidak jujur?



Harus di ingat kecurian dan skandal Janawibawa juga terjadi Ketika darurat dan hasilnya ramai pemmpin Parti Bersatu diseret ke mahkamah untuk menjawap kes kes sogokan dan minta komisyen dari kerja kerja ‘direct nego”..

Mereka melakukan sedemikian kerana tersangat yakin akan menang pilihanraya umum ke15 dan kekal menjadi Kerajaan.

Jika mereka menjadi Kerajaan maka kes kes mereka akan terus dipendam dan disorok bawah karpet.

Namun, sebaliknya mereka gagal menjadi Kerajaan lalu kes kes penyelewengan mereka berjaya didedah dan kini hampir semua pemimpin Parti Bersatu berhadapan kes AMLA dan seleweng dan mendapat status Kluster mahkamah.



Rakyat harus ingat peristiwa segerombolan Ahli Parlimen Perikatan Nasional diketuai oleh Muhyiddin Yassin dan Takiyuddin Hassan (PAS) keluar lari dari Parlimen demi untuk menghalang Parlimen membahas perbelanjaan yang banyak ketirisan hasil laporan Pejabat Audit Negara.

Kenapa perlu lari? Dan gagalkan perbahasaan?

Tentu ada penyelewengan yang tidak dapat dijawap.

Oleh sebab ia perbelanjaan yang ‘valid’ dibawah akta, namun moral untuk dijawap harus ada jika pihak PN jujur dan berintegriti.

Semalam, pihak pembangkang amat lantang menyoal pelbagai isu dalam Parlimen.

Namun sayang seribu kali sayang, hanya ada keberanian apabila mengenakan soalan dan menyoal pihak lawan sahaja, apabila perlu menjawap hal mereka, habis semua lari lintang pukang keluar PARLIMEN.

 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button