Isteri sukar tinggal katil tempat suami terlantar 7 tahun [VIDEO]
“Macam ni la mak hari-hari” - , sering termenung tengok kubur arwah depan rumah
Isteri sukar tinggal katil tempat suami terlantar 7 tahun [VIDEO]
![Isteri sukar tinggal katil tempat suami terlantar 7 tahun [VIDEO]](https://my-tv.online/wp-content/uploads/2022/12/553-9-800x533.jpeg)
“Sejak arwah ayah tak ada, macam ni la mak hari-hari. Duduk atas katil arwah sambil pandang kubur ayah depan rumah,” tulisnya pada kapsyen video tular di aplikasi TikTok.
Ketika dihubungi mStar, anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata bapanya meninggal dunia selepas tujuh tahun terlantar gara-gara diserang kanser.
“Arwah ayah sakit kanser hati dengan ketumbuhan dekat kepala. Sakit sejak tahun 2016. Dia memang terlantar di rumah, badannya tak boleh bergerak dari paras dada ke bawah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah PPBM sedang dilanda konflik dalaman?
- Zeti tidak pernah ‘masak sup’, hanya ‘hirup sup’.
- Semakan kehakiman kes Datuk Seri Najib patut dibuat secara langsung.
Datang sekarang rasa lain sikit, rasa macam dia ada atas katil tu lagi.
ZALIDA AINIE
“Selepas ayah meninggal, mak suka duduk atas katil arwah ayah kat tepi tingkap. Rumah kami betul-betul depan kubur. Tingkap itu pula menghadap ke kubur.
“Kalau buka pintu rumah kami pun, terang-terang nampak kubur. Itu yang menjadikan video nampak lagi sedih,” ujar Zalida yang menetap di Batu Rakit, Terengganu.
Bercerita lanjut, Zalida berkata mereka kini sedang menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku selepas kematian bapanya, Allahyarham Zaid Embun pada bulan lalu.
Biarpun tinggal berasingan, Zalida akan melawat ibunya setiap hari dan turut bergilir-gilir tidur di kediaman itu bersama adik-beradik yang lain.
“Ada dua adik yang duduk dengan mak. Walaupun saya tak tinggal bersama, rumah sewa saya tak jauh dengan rumah mak. Setiap hari saya datang dan akan bergilir-gilir tidur di sana dengan adik-beradik yang lain.
“Selama tujuh tahun sakit, memang mak yang uruskan ayah, suap ayah makan. Lepas dua ke tiga tahun sakit, ayah dah boleh makan sendiri, tapi tetap kena bangunkan dia dulu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Perdagangkan Hukum Talak Untuk Kepentingan Politik
- Isu Projek Tebatan Banjir: Tuan Ibrahim Perlu Jawab Pendedahan Sabahkini
- Adam Adli masuk Kementerian KBS dengan Langkah kiri.
Ramai yang sebak melihat Dawiah yang termenung ke arah kubur suaminya.”Sebab tu selalu teringat sebab dah terbiasa. Sebelum ni kalau saya datang ayah ada je walaupun tak boleh bergerak. Biasa dia ada duduk di depan TV.”Datang sekarang rasa lain sikit, rasa macam ayah ada atas katil tu lagi,” ujar Zalida lagi.Dalam pada itu, Zalida berkata dia terkejut apabila video yang dikongsi ke aplikasi TikTok meraih sehingga lebih 300,000 tontonan.Tambahnya lagi, dia terharu dengan komen netizen yang banyak menitipkan doa serta ucapan takziah buat keluarganya.
![Isteri sukar tinggal katil tempat suami terlantar 7 tahun [VIDEO]](https://my-tv.online/wp-content/uploads/2022/12/1866731-800x439.jpg)
PH kekal manifesto Pru14 untuk PRN Melaka – Adly
Isteri sukar tinggal katil tempat suami terlantar 7 tahun [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Bangkit Semula?
- Mahathir akan tunggang MN 2.0 pula?
- Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN